Penyanyi Fuad Rahman menegur tindakan isterinya, Tom yang berkongsikan masalah peribadi mereka di media sosial selepas mendedahkan bakal bercerai dan berlaku curang.
Menerusi komen di Facebook, Fuad mempersoalkan Tom yang membuka aib kerana mereka adalah selebriti serta mempunyai anak.
BACA: “Saya Dah Nak Cerai Dengan Fuad, Saya Curang Lelaki Lelaki Lain” – Tom

“Aku tak tahu la nak cakap dengan kau apa lagi. Nak selesai masalah bukan dekat dalam sosial media, kasi semua orang tahu. Kenapa buka aib sendiri, kita ini orang dikenali, ada anak.
“Ada Anggun baru masuk dua tahun. Tinggal dah jauh-jauh… boleh tak istighfar banyak-banyak. Okay la sama-sama kita,” katanya.
Sementara itu, Fuad mengakui dirinya banyak kekurangan dan disebabkan itu nasihatnya tidak diendahkan.
“Tapi untuk you, I rasa ramai sedang menunggu, jadi aku tak payah mesej atau call orang yang ganggu kau la. Sekarang kau nak berkawan dengan siapa pergi la, nak surf tak nak pakai baju pun pergi la.
“Buat la apa yang kau rasa baik ya. Macam aku ini, aku sedar, aku penagih keluar masuk penjara banyak kali. Jadi, bila suami nasihat dan tegur kau marah. Kau kira hati kau saja ya. Hati suami kau, kau tak kisah ya. Tak apa la Allah ada,” katanya.
Bagaimanapun, Fuad berkata dia tidak akan mengalah serta akan mempertahankan rumah tangga mereka kerana sayangkan isterinya.
“InsyaAllah aku tak akan menyerah kalah kerana hati aku masih sayangkan kau Fara!” tulisnya.



