Program #GengSahurMacamBerbuka terima sambutan hebat

Program #GengSahurMacamBerbuka terima sambutan hebat

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Artis serba boleh, Alif Satar, 35, meluahkan rasa syukur kerana program #GengSahurMacamBerbuka Dutch Lady yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di sini berjaya menarik kira-kira 1,000 orang.

Menerusi perkongsian video di Instagram (IG), Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar berkata, program itu akan diteruskan di Masjid Bandar Seri Putra Bangi pada 14 Mac ini.

“Kita baru selesai tazkirah di Masjid Usamah Bin Zaid dan selepas ini #GengSahurMacamBerbuka Dutch Lady di Masjid Bandar Seri Putra Bangi pula.

“Sahur disediakan, datanglah beramai-ramai #GengSahurMacam Berbuka, jumpa anda di sana,” kongsinya.

Sementara itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak TV3 di IG, sesi forum yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid menampilkan Alif dan Da’i Luqman selaku panel jemputan.

Pihak TV3 turut mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua panel jemputan atas kesudian meluangkan masa berkongsi ilmu dan pengalaman bersama #GengSahurMacamBerbuka yang hadir.

“Memang banyak input bermanfaat yang dikongsikan sepanjang sesi forum berkenaan.

“Terima kasih juga buat warga Wangsa Maju yang hadir memeriahkan suasana. “Ukhuwah erat, ilmu pun dapat! Semoga perkongsian hari ini memberi inspirasi buat kita semua,” kongsinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top