Oh! Negara
Isu video pijak al-Quran timbul perkembangan baharu apabila individu didakwa seorang muallaf, cetus reaksi ramai.
Isu video pijak al-Quran yang sebelum ini tular kembali menjadi perhatian selepas muncul dakwaan baharu mengenai identiti individu terlibat. Perkara itu dikongsi menerusi satu hantaran pendakwah bebas, Firdaus Wong.
Menurut perkongsian tersebut, individu berkenaan dikatakan seorang muallaf dan pernah berhubung dengan seorang individu lain sebelum ini, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Lelaki itu pernah berhubung untuk memeluk Islam

Dalam hantaran berkenaan, Firdaus Wong mendakwa lelaki tersebut sebelum ini menunjukkan sikap baik dan lemah lembut ketika berkomunikasi dengannya. Malah, individu itu juga dikatakan kerap menghubungi melalui Instagram dengan hasrat tertentu.
Dia budak yang baik. Sopan santun & lembut tutur katanya. Dia hubungi saya di Instagram & mesej bertalu-talu ‘insist’ & kejar saya untuk mengIslamkan dia.- Kata Firdaus.
Firdaus Wong turut meluahkan rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana ia dilihat bercanggah dengan sikap yang ditunjukkan sebelum ini. Situasi tersebut membuatkan ramai tertanya tanya tentang faktor sebenar di sebalik insiden berkenaan.
Timbul spekulasi namun minta ruang memahami keadaan

Firdaus juga tidak menolak kemungkinan wujud unsur lain yang mempengaruhi tindakan tersebut, namun menegaskan bahawa dia sendiri masih cuba memahami keadaan sebenar. Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang mengikuti perkembangan kes ini.
Adakah dia dihasut, diprovokasi atau perkara lain? Saya juga ingin memahami & membantu.
Dalam masa sama, satu lagi visual yang tersebar mendakwa individu tersebut bernama Vikneswaran dan dikatakan telah memeluk Islam serta bersyahadah pada 20 April 2025. Visual itu turut menyatakan nama Islamnya sebagai Muhammad Zain, namun setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai maklumat tersebut.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua jangan terus membuat kesimpulan selagi belum ada pengesahan rasmi. Dalam isu sensitif macam ni, penting untuk kita bertenang dan elakkan menyebarkan perkara yang belum sahih supaya keadaan tidak jadi lebih keruh.
Kredit: Firdaus Wong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




