02 Mac 2026 10:22pm
Masa membaca: 4 minit

Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan lima dron berhampiran Pangkalan Udara Prince Sultan – Foto: Agensi
ISTANBUL – Arab Saudi memaklumkan pada Isnin bahawa lima dron berjaya dipintas dan dimusnahkan berhampiran Pangkalan Udara Prince Sultan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap Kementerian Pertahanan, Turki Al-Maliki bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai kecederaan atau kerosakan yang dialami.
Terdahulu, Kementerian Tenaga Arab Saudi menyatakan bahawa serpihan daripada pintasan dua dron telah menyebabkan kerosakan terhad di kilang penapisan minyak Ras Tanura yang terletak di pantai timur negara itu.
Insiden berkenaan berlaku susulan serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada Sabtu, yang mengorbankan beberapa pemimpin tertinggi Iran termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara-negara serantau yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Bernama
Ringkasan AI
- Arab Saudi memaklumkan lima dron berjaya dipintas dan dimusnahkan berhampiran Pangkalan Udara Prince Sultan
- Jurucakap Kementerian Pertahanan tidak memberi maklumat terperinci mengenai kecederaan atau kerosakan
- Serpihan dari pintasan dua dron menyebabkan kerosakan terhad di kilang penapisan minyak Ras Tanura
- Serangan besar-besaran oleh AS dan Israel ke atas Iran menyebabkan kematian beberapa pemimpin tertinggi Iran
- Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu sebagai tindak balas sasaran Israel dan negara-negara yang menempatkan aset ketenteraan AS



