02 Mac 2026 09:36pm
Masa membaca: 4 minit

Kepulan asap hitam dari sebuah gudang di kawasan perindustrian Bandar Sharjah di UAE susulan laporan serangan Iran di Dubai pada Ahad – Foto: Agensi
ISTANBUL – Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan pada Isnin bahawa tiga pesawat pejuang F-15E Strike Eagle miliknya “tertembak jatuh secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Kuwait,” lapor Anadolu Ajansi.
“Pada 11:03 malam ET (0403 GMT), 1 Mac, tiga pesawat F-15E Strike Eagle AS yang sedang menjalankan misi sokongan bagi “Operation Epic Fury” telah terhempas di ruang udara Kuwait akibat insiden yang dipercayai berpunca daripada ‘tembakan rakan sendiri’,” menurut kenyataan itu.
CENTCOM mengesahkan bahawa kesemua enam anak kapal berjaya melenting keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan stabil.
“Kuwait telah mengakui insiden ini, dan kami menghargai usaha pasukan pertahanan Kuwait serta sokongan mereka dalam operasi yang sedang berjalan ini,” kata CENTCOM.
Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa satu siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. – Bernama
Ringkasan AI
- Pesawat pejuang F-15E Strike Eagle milik Amerika Syarikat tertembak jatuh secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Kuwait
- Insiden berlaku ketika pesawat menjalankan misi sokongan bagi “Operation Epic Fury”
- Kesemua enam anak kapal selamat melenting keluar dan dalam keadaan stabil
- Kuwait telah mengakui insiden tersebut dan memberi sokongan dalam operasi berjalan
- Siasatan telah dilancarkan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian



