Polis Daerah Seremban mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes penipuan melibatkan urusan penjualan tanah lot kurniaan, yang menyebabkan kerugian berjumlah RM1.5 juta dan dipercayai membabitkan seorang pelakon wanita serta suaminya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki berusia 56 tahun pada 7 Januari lalu.
Pelakon wanita, suami kini dikehendaki,
“Wanita itu bersama suaminya dipercayai suspek dalam satu kes penipuan di daerah ini melibatkan penjualan tanah kurniaan Negeri Sembilan yang tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang mengaitkan pelakon berkenaan dengan kes penipuan barangan kosmetik seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Menurut Azahar, siasatan lanjut masih dijalankan dan beberapa tindakan awal telah diambil memandangkan kedua-dua suspek dipercayai tidak berada di Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan maklumat terkini, pasangan terbabit dikatakan berada di Sarawak.
“Kedua-duanya telah didaftarkan sebagai orang dikehendaki dan dimasukkan dalam Senarai Pemantauan Khas (SPK) Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan mengesan dan menangkap mereka,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan seorang individu mendakwa dirinya telah ditipu sebanyak RM300,000 oleh pelakon wanita dan suaminya melalui platform Threads.


Artikel lain: Azar Azmi belum kahwin, dah resign jadi artis & mahu fokus bisnes – Anak saudara
Mangsa turut memuat naik bukti tangkap layar kad pengenalan pasangan berkenaan serta memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki mereka.
Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)



