
Kempen Yakult Onz Raya menawarkan peluang memenangi jongkong emas dan ganjaran tunai sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
KEMPEN Yakult Onz Raya anjuran Yakult (Malaysia) Sdn Bhd menawarkan peluang memenangi jongkong emas serta ganjaran tunai sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, kempen itu dianjurkan bagi meraikan nilai kebersamaan, kesyukuran dan kesejahteraan di samping menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat sepanjang musim perayaan.
“Kempen ini berlangsung dari 23 Februari sehingga 31 Mac 2026 dan terbuka kepada semua warga Malaysia. Ia menawarkan ganjaran pembelian setiap hari dengan kaedah penyertaan yang mudah serta menarik.
“Sebagai tarikan utama, setiap lima pemenang bertuah akan menerima jongkong emas 999.9 (5g) sebagai hadiah utama,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bagi menyertai Yakult Onz Raya, pelanggan perlu membuat pembelian minimum RM20 produk Yakult dalam satu resit daripada Wanita Yakult, cawangan runcit atau platform dalam talian sebelum memuat naik resit ke laman web rasmi dan memutar roda digital untuk peluang memenangi hadiah segera.
Peserta turut berpeluang menerima sampul raya eksklusif sementara stok masih ada.
Selain itu, orang ramai turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui Touch ‘n Go eWallet bernilai RM10, RM20 atau RM100, menjadikan kempen ini lebih menarik dan bermakna sepanjang tempoh kempen.
Tambah beliau, inisiatif tersebut melambangkan komitmen syarikat dalam menghargai pelanggan selain mewujudkan pengalaman yang interaktif dan bermakna sepanjang tempoh kempen.
“Maklumat penuh mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi Yakult. Yakult Malaysia ingin menyampaikan ucapan setulus ikhlas kepada seluruh rakyat Muslim di Malaysia sempena bulan Ramadan.
“Terima kasih atas sokongan terhadap produk Yakult selama ini dan kami berharap anda akan terus mengamalkan minum Yakult setiap hari bagi menyokong serta mengekalkan kesihatan usus. Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” ujar beliau.
Ringkasan AI
- Kempen Yakult Onz Raya menawarkan jongkong emas dan ganjaran tunai sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
- Dianjurkan untuk meraikan kebersamaan, kesyukuran dan kesejahteraan serta menggalakkan gaya hidup sihat
- Berlangsung dari 23 Februari sehingga 31 Mac 2026 dan terbuka untuk semua warga Malaysia
- Lima pemenang bertuah akan menerima jongkong emas 999.9 sebagai hadiah utama
- Peserta perlu belanja minimum RM20 produk Yakult untuk penyertaan dan berpeluang menang wang tunai melalui Touch ‘n Go eWallet



