Bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nedri Abdul Aziz, mencuri perhatian warganet apabila meluahkan rasa hairan mengenai keadaan perniagaan yang didakwanya kurang mendapat sambutan sepanjang bulan Ramadan.
Allah nak kita fokus ibadah
Screenshot
Menerusi satu hantaran di Threads, Nedim mempersoalkan situasi tersebut secara terbuka.

“Saya pelik, kenapa bulan puasa je semua business macam slow and tak berapa nak jalan?” tulisnya.
Luahan itu kemudian mendapat respon daripada bekas isterinya, pelakon Nora Danish, yang memberikan pandangan berunsur nasihat.
Menurut Nora, keadaan itu mungkin satu peringatan untuk lebih memberi tumpuan kepada aspek kerohanian sepanjang bulan mulia.
Screenshot
“Kerana Allah nak kita concentrate dengan ibadah, buang dunia dan focus akhirat,” balasnya ringkas.
Tidak berdiam diri, Nedim kemudian menjawab semula kenyataan tersebut dengan nada santai namun menegaskan persoalannya lebih bersifat realiti perniagaan.
“Betul lah wahai @noradanish, tapi ni soalan real,” katanya lagi.
Artikel lain:Hangat dilamun cinta? Nora Danish tegaskan Nedim berhak bahagia bersama pilihan hati
Perbualan ringkas antara bekas pasangan itu menarik perhatian pengikut masing-masing yang rata-rata memberikan pelbagai reaksi, termasuk berkongsi pengalaman serupa mengenai cabaran perniagaan ketika Ramadan.
Untuk rekod, Nora Danish dan Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Selepas tujuh tahun berkahwin, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2024.
Sumber: Thread boss_ned




