
Berlangsung dari 6 hingga 8 Mac 2026, kempen BMW March Into Joy menjemput pelanggan meneroka tawaran istimewa bagi beberapa model BMW terpilih di semua pengedar sah BMW di seluruh negara.
KUALA LUMPUR – BMW Malaysia membawakan pengalaman Joy of Sheer Driving Pleasure yang unggul kepada pelanggan menerusi acara jualan seluruh negara, BMW March Into Joy.
Berlangsung dari 6 hingga 8 Mac 2026, kempen masa terhad ini menjemput pelanggan meneroka tawaran istimewa bagi beberapa model BMW terpilih di semua pengedar sah BMW di seluruh negara.
Menurut kenyataan pada Rabu, antara model BMW yang ditawarkan termasuk BMW 218 Gran Coupé Sport yang kini didatangkan dengan BMW Iconic Glow Kidney Grille secara percuma sebagai ciri standard.
Model elegan ini ditawarkan dengan kadar faedah rendah bermula daripada hanya 0.81 peratus untuk tempoh pembiayaan hingga sembilan tahun dengan ansuran bulanan bermula serendah RM1,688 melalui BMW Financial Services.
“Tawaran ini turut merangkumi pakej servis & pembaikan Inklusif BMW percuma selama empat tahun. Unit adalah terhad bagi kempen istimewa ini, dari sekarang hingga 31 Mac.
“Selain itu, pelanggan turut berpeluang menikmati keistimewaan pemilikan yang hebat serta kadar faedah menarik serendah 1.68 peratus menerusi pelan pembiayaan BMW Straight Line, bagi model-model BMW terpilih,” katanya.
Pelanggan juga ditawarkan Servis Inklusif BMW percuma selama enam tahun dan Pembaikan Inklusif BMW selama lima tahun bagi model BMW yang layak.
Di samping tawaran masa terhad ini, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran pengedar sah BMW untuk menikmati pelbagai aktiviti dan promosi khas yang disediakan.
Memandangkan aktiviti dan promosi mungkin berbeza mengikut pengedar dan lokasi, pelanggan disaran menghubungi pengedar pilihan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.



