Trending
RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 had tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri diyakini lulus dua pertiga.
Kerajaan menyatakan keyakinan bahawa RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung had tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri akan mendapat sokongan dua pertiga apabila dibentangkan semula pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Menurut laporan Kosmo, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pindaan itu sebagai satu reformasi yang baik untuk negara.
Kerajaan berpandangan bahawa mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri itu adalah yang terbaik buat masa ini untuk negara kita.
Komitmen reformasi Kerajaan Madani

Menurut Fadillah, langkah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri menunjukkan komitmen Kerajaan Madani, khususnya hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.
Beliau turut menepis dakwaan kononnya pindaan itu menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Ada yang mengatakan ianya menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya, tetapi sebenarnya tidak.
Isu 8 Ahli Parlimen tak hadir undian

Mengulas kegagalan RUU itu sebelum ini, Fadillah menjelaskan bahawa ketidakhadiran beberapa Ahli Parlimen bukan kerana menolak pindaan tersebut.
Dua daripada mereka sudah menghantar surat memberi penjelasan mengapa mereka tak hadir… ada yang terkandas di luar negara disebabkan penerbangan tak ada.”
Katanya lagi, kecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang yang menyatakan tidak bersetuju, selebihnya menyokong pindaan berkenaan.
Isnin lepas, RUU tersebut gagal mendapat majoriti dua pertiga apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.
Pssttt! Reformasi bukan sekadar janji, tetapi perlukan komitmen dan sokongan semua pihak. Setiap undi membawa makna besar kepada masa depan negara.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




