Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia masih belum ‘move on’ susulan tindakannya mempertahankan aktres itu daripada kecaman netizen.
Lindung selagi belum berkahwin
Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, menurut Nedim tindakannya bersuara bukan kerana masih menyimpan perasaan, sebaliknya sebagai seorang lelaki yang pernah bergelar suami kepada Nora.
Screenshot
“Sebenarnya saya bukan baik sangat pun tapi saya tak boleh blah orang kecam ex wife saya. Kalau tak percaya tanya lah dia, dia kenal saya,” ciapannya, hari ini.
Bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut menegaskan dia akan terus mempertahankan Nora selagi aktres itu belum mendirikan rumah tangga baharu.
“Jadi betul, saya akan protect dia habisan, tapi kalau dia dah berkahwin saya akan stop! Pasal itu dah melanggar urusan peribadi dia,” jelasnya.
Dalam masa sama, Nedim menyangkal tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia bertindak demikian kerana masih belum melupakan bekas isterinya.
Screenshot
“Kepada bebal kata saya buat pasal saya tak boleh lupakan ex saya tu tak betul. Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham? Lelaki yang pernah berkahwin dengannya,” tambahnya lagi.
Artikel lain:Nedim Nazri minta henti kecam Nora Danish – “Jangan cari salah dia, sedang berubah jadi baik”
Sebelum ini, Nedim meminta orang ramai agar tidak menghentam Nora susulan meninggalkan komen terhadap ciapannya di Threads, baru-baru ini.
Menurutnya, dia menegaskan bahawa teguran yang diberikan bekas isterinya adalah wajar dan patut difahami dengan hati terbuka.
Sumber: Threads boss_ned




