Pelakon Nabila Huda atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi, 41, berpandangan individu paling wajar menyelesaikan masalah kemelut keluarganya ialah bapanya sendiri, legenda rock tanah air, Amy Search.
Menurut pelakon filem Telaga Suriram itu, isu perdamaian bukan lagi terletak di pihaknya kerana dia sudah berkali-kali tampil memberi penjelasan sebelum ini.
Kemelut keluarga belum berakhir
Screenshot
“Soal untuk berbaik atau mencari jalan penyelesaian, saya rasa lebih baik tanya pihak sebelah sana kerana saya sudah banyak kali jawab soalan ini. Setakat ini, memang tiada jalan penyelesaian.
“Kalau saya berada di tempatnya, kehilangan anak dan tidak dapat berjumpa, saya sendiri tidak mampu untuk teruskan hidup seperti biasa.
“Saya tidak akan gembira kerana itu darah daging. Tapi saya tidak tahu apa yang dia rasa. Mungkin dia rasa yang sama, cuma tidak tahu bagaimana untuk bertindak,” katanya, semalam.
Tambah Nabila, buat masa ini dia memilih untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan perlahan-lahan melepaskan perasaan yang membebankan emosi, meskipun rasa rindu itu masih wujud.
Screenshot
“Untuk Ramadan kali ini, saya sudah tidak merindui sesiapa. Saya sudah ‘move forward’ (terus ke hadapan). Rindu yang pernah saya luahkan sebelum ini di media sosial memang betul-betul rindu pada waktu itu.
“Ada perkara yang saya ternampak dan ia ‘trigger’ (pencetus) perasaan itu. Tetapi saya sudah pun ‘move on’ (meneruskan kehidupan). Saya sudah penat berfikir dan bercakap perkara yang sama berulang kali.
“Namun, tidak salah kalau sekali-sekala saya terasa kerana saya manusia biasa, ada perasaan sedih, marah dan gembira,” ujarnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu bagaimanapun menegaskan dia kini lebih bahagia dan selesa dengan kehidupan sederhana bersama keluarga kecilnya.

“Memang setiap hari saya berdoa, lebih-lebih lagi ketika Ramadan dan Syawal, cuma doa saya masih belum dimakbulkan.
“Apa yang boleh saya buat hanyalah senyum dan teruskan hidup. Kalau kita berpanjangan dalam kesedihan, kasihan keluarga yang ada depan mata,” jelasnya.
Artikel lain: Nabila Huda luah rasa, akui penat tanggung rindu tak pernah habis -“Saya cuba kuat..”
Dalam pada itu, Nabila berharap kehidupannya suatu hari nanti akan menjadi lebih lengkap dan bahagia bersama seluruh keluarganya.
“Mungkin satu hari nanti ‘puzzle’ itu lengkap. Kalau kekosongan itu sempat diisi sebelum saya menutup mata, Alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin kita akan bertemu di kehidupan lain,” tambahnya lagi.
Sumber: Berita Harian (Ramlah Zainal)




