Trending
Jep Sepahtu akhirnya buka mulut mengenai hubungannya dengan Shuib dan Mamat. Katanya mereka tidak bergaduh, cuma jarang berhubung kerana tiada kerja bersama.
Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelawak terkenal, Jep Sepahtu akhirnya tampil menjelaskan kekeliruan mengenai hubungannya dengan Shuib Sepahtu dan Mamat Sepahtu.
Menurut laporan mStar, Jep berkata dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua rakan seperjuangannya itu. Namun, mereka jarang berhubung kebelakangan ini kerana tiada projek kerja bersama.
Jarang berhubung bukan tanda bergaduh
@lanzazlan88 #fypシ゚viral #fypシ #jepsepahtu #shuibsepahtu #sepahtureunion ♬ original sound – Rembawang
Jep menegaskan bahawa keadaan itu tidak bermaksud hubungan mereka renggang atau bermasam muka.
Saya tak ada masalah apapun. Cuma untuk saya, kami tak bergaduh dan tidak bermasam muka. Bila tak ada urusan kerja, jadi jarang berhubung. Itu tidak bermakna hubungan kami tak baik.
Saya pun tak pernah cakap benda-benda yang menyakitkan hati.
Jep Sepahtu tiada masalah untuk jumpa Shuib, Mamat

Tambah Jep lagi, jika mereka terserempak atau berjumpa, tiada masalah untuk bertegur sapa seperti biasa.
Saya tak bergaduh dengan sesiapa, termasuk Shuib ataupun Mamat. Kalau saya jumpa mereka, boleh saja bertegur, duduk dan minum sekali. Tak ada masalah.
Buat apa nak bergaduh? Tak pernah terlintas dan tiada faedah pun. Saya lebih suka kepada kedamaian dan ketenangan.
Mengulas kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini, Jep berkata ia bukan bertujuan mencetuskan perbalahan, sebaliknya sekadar membetulkan perkara yang dirasakan tidak tepat.
Apa yang saya katakan sebelum ini cuma pembetulan terhadap perkara yang saya rasa tidak betul.
Saya tak buat kenyataan untuk mengeruhkan keadaan atau memalukan sesiapa. Tapi kalau saya dengar cerita yang tidak betul, saya akan beritahu.
Jika saya ada buat salah, saya minta maaf. Tak malu dan tak hina pun kalau kita yang dahulu meminta maaf.
Pssttt! Persahabatan kadang-kadang diuji dengan salah faham dan jarak. Apa yang penting, jangan cepat membuat andaian kerana komunikasi dan sikap terbuka mampu menjaga hubungan daripada terus retak.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




