Mahasiswi Maut Selepas Makan Ubat Gugur Kandungan Haram, Polis Tahan 5 Individu

Mahasiswi Maut Selepas Makan Ubat Gugur Kandungan Haram, Polis Tahan 5 Individu

Oh! Tidak

Keadaan kesihatan mangsa semakin merosot selepas ambil ubat haram tersebut.


Di Indonesia, seorang mahasiswi berusia 20 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah unit apartmen selepas mengambil ubat gugur kandungan yang diperoleh secara haram.

Memetik laporan kumparannews, Kejadian tragis ini terbongkar selepas polis menemui mayat mangsa pada Rabu sebelum menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya membawa kepada penahanan beberapa individu dipercayai terlibat.

Mangsa datang bersama rakan sebelum ambil ubat

Maut
Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Metro Bekasi, Kombes Sumarni, mangsa yang dikenali dengan inisial PAF datang ke lokasi bersama beberapa rakannya sebelum dipercayai mengambil ubat tersebut yang diperoleh secara haram.

Selepas mengambil ubat berkenaan, keadaan kesihatan mangsa dilaporkan semakin merosot sebelum dia akhirnya tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

Polis bongkar sindiket penjualan ubat haram

Siasatan yang dijalankan polis kemudiannya mendedahkan kewujudan satu sindiket yang dipercayai menjual serta mengedarkan ubat gugur kandungan secara haram.

Setakat ini, polis telah menahan seramai lima individu bagi membantu siasatan. Suspek disyaki mendapat keuntungan daripada penjualan ubat haram tersebut.

Polis
Sekadar gambar hiasan

Kesemua suspek kini berdepan pertuduhan serius termasuk pembunuhan terancang, pembunuhan serta kesalahan berkaitan pengedaran ubat haram.

Dalam masa sama, pihak polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai R yang dipercayai turut terlibat dalam penjualan ubat berkenaan.

Polis juga sedang mengembangkan siasatan terhadap rangkaian penjualan ubat haram tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pssttt! Kes ini menunjukkan betapa bahayanya penggunaan ubat haram tanpa pengawasan perubatan. Selain melanggar undang-undang, ia juga boleh mengancam nyawa. Diharapkan orang ramai lebih berhati-hati dan mendapatkan rawatan yang sah jika berdepan masalah kesihatan.

Kredit: kumparannews
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top