WEIL Hotel hidang lebih 100 menu berbuka puasa

WEIL Hotel hidang lebih 100 menu berbuka puasa
WEIL Hotel hidang lebih 100 menu berbuka puasa

PELBAGAI pondok yang menghidangkan aneka hidangan kepada para pelanggan.

LEBIH 100 menu berbuka puasa menjadi taruhan WEIL Hotel yang berpangkalan di Ipoh Perak, sempena Ramadan kali ini.

Bertemakan Sajian Seribu Rasa, para pengunjung dapat merasai pelbagai aneka hidangan melalui stesen langsung serta sajian istimewa sempena perayaan.

Antara hidangan eksklusif yang disajikan termasuklah Kaki Lembu Al-Barakah, ayam tandori bersalut keju dan pasta roda keju gergasi.

Para pengunjung turut dapat merasai pengalaman meriah bazar Ramadan yang menampilkan pondok makanan beraroma dan warung khas seperti pondok ayam goreng berempah, pondok rasa istimewa yang menyajikan makanan Melayu, warung pemanggang dengan ikan, sotong dan daging bakar serta pondok ais kacang serta kaunter Coconut Shake.

Turut dihidangkan ialah ulam-ulaman, lebih 10 jenis kerabu, sambal serta hidangan sampingan tradisional sebagai pembuka selera dan hidangan utama pula menampilkan pelbagai makanan berlauk termasuk ikan masak tiga rasa, kambing masak kicap dan ketam masak cili Thai.

KUIH-MUIH tradisional turut disajikan kepada para pengunjung.

KUIH-MUIH tradisional turut disajikan kepada para pengunjung.

Untuk pencuci mulut, pelbagai kuih-muih tradisional disajikan kepada pengunjung selain kunafa, Panna Cotta Mangga, coklat pancuran, pai berkrim kelapa dan banyak lagi.

Sebagai pilihan tambahan, sushi dan pelbagai jenis sup seperti sup pedas masam Szechuan dan sup cendawan turut disediakan di samping lebih 15 pilihan minuman.

Bufet Ramadan Sajian Seribu Rasa boleh didapatkan bermula RM118 hingga RM158.

Ringkasan AI

  • LEBIH 100 menu berbuka puasa di WEIL Hotel Ipoh bertemakan Sajian Seribu Rasa
  • Antara hidangan eksklusif adalah Kaki Lembu Al-Barakah, ayam tandori bersalut keju dan pasta roda keju gergasi
  • Pengunjung dapat merasakan pengalaman bazar Ramadan dengan pelbagai pondok makanan dan warung khas
  • Menyajikan ulam-ulaman, lebih daripada 10 jenis kerabu, sambal, dan hidangan sampingan tradisional
  • Pelbagai kuih-muih tradisional, sushi, dan lebih 15 pilihan minuman turut disajikan sebagai pencuci mulut dan pilihan tambahan
Scroll to Top