Pelakon Nadia Brian tampil memberi penjelasan mengenai status hubungannya dengan usahawan Nedim Nazri selepas timbul dakwaan mereka putus cinta.
Memetik mStar Online, Nadia berkata mereka masih bersama namun mengakui dia berada dalam fasa merajuk.
BACA: “Ini Fitnah…Kelakar” – Nadia Brian Nafi Tanggung Kekasih
“Biasalah, kita perempuan, kadang-kadang begitu. Kami pun baru saja dalam fasa perkenalan. Tiada apa yang perlu diperkatakan sebab hubungan kami masih baru, masing-masing pun sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Semua okay sahaja. Bagi saya kita fokus apa yang penting seperti kerja dan keluarga. Sudah tentu kita nak yang baik-baik jadi doa yang baik-baik,” katanya.
Sementara itu, Nadia berkata dia rasa malu untuk berkongsi lanjut mengenai hubungannya dengan Nedim kerana disifatkan terlalu peribadi.
“Kalau perihal peribadi, kita malulah sebenarnya nak bercerita dan kongsi untuk mendapatkan cerita, saya bukan macam itu.
“Bab hubungan ini adalah perkara peribadi. Tapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita, jadi saya berterima kasih. Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi,” katanya.
Sumber: mStar Online




