Iran tidak sasar negara jiran – Gharibabadi

Iran tidak sasar negara jiran – Gharibabadi
Iran tidak sasar negara jiran – Gharibabadi

Kazem Gharibabadi . – Agensi

TEHERAN – Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Antarabangsa menegaskan bahawa Republik Islam itu “tidak menyasarkan negara-negara jiran”, susulan laporan mengenai serangan dron ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan di Azerbaijan, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam temu bual eksklusif dengan AnewZ pada Khamis, Kazem Gharibabadi menekankan bahawa dasar Iran adalah untuk menyasarkan hanya pangkalan tentera musuhnya, termasuk Amerika Syarikat dan rejim Zionis.

“Ini kerana kami telah mengumumkan sejak awal bahawa jika terdapat mana-mana pangkalan tentera di rantau ini dan ia digunakan untuk menyerang Iran, kami akan menyasarkannya. Jadi itulah dasar yang kami tetapkan,” kata timbalan menteri luar itu.

Beliau menyatakan bahawa insiden di Nakhchivan perlu disiasat – Bernama

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Timbalan Menteri Luar Iran menyatakan negara itu tidak menyasarkan negara jiran
  • Iran menyasarkan hanya pangkalan tentera musuh termasuk Amerika Syarikat dan rejim Zionis
  • Dasar Iran adalah menyasarkan pangkalan tentera yang digunakan untuk menyerang Iran
  • Insiden serangan dron di Lapangan Terbang Antarabangsa Nakhchivan perlu disiasat
  • Laporan oleh Agensi Berita Mehr dan temu bual eksklusif dengan AnewZ
Scroll to Top