Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli mendedahkan seorang komposer dari Indonesia mahu menghasilkan lagu raya khas untuknya namun dia menolak tawaran berkenaan.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia tidak menerima tawaran berkenaan kerana karya tersebut tidak menepati citarasanya meskipun sudah didengar beberapa kali.
BACA: “Macam Bidadari Syurga” – Netizen Puji Kak KM Manis Bertudung
“Memang ada komposer dari Bandung menghubungi saya untuk buat lagu raya. Tapi bila saya dengar, macam tak sedap sangat di telinga saya, jadi sebab itu saya tak ambil.
“Dia ada juga minta saya dengar sekali lagi, tapi saya dah dengar sampai empat kali dan masih rasa lagu itu tak masuk dalam jiwa,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia sudah mempunyai perancangan sepanjang Ramadan ini namun tidak menolak jika ada lagu yang kena dengan jiwanya.
“Hidup saya bukan nak bertanding siapa lebih laju atau siapa suara lagi sedap.
“Saya pun dah susun jadual sendiri. Dua minggu pertama Ramadan saya nak sahur dan berbuka di rumah sahaja. Lepas dua minggu itu saya akan mula sibuk berniaga.
“Tapi kalau ada lagu yang betul-betul kena dengan jiwa, kenapa tidak? Saya okay sahaja sebab saya pun boleh menyanyi,” selorohnya.
Sumber: mStar Online




