Penyokong sabotaj cabut suis VAR

Penyokong  sabotaj cabut suis VAR

Jerman: Seorang penyokong bertopeng mencabut suis monitor VAR semasa perlawanan Bundesliga 2, semalam dalam satu tindakan sabotaj berani yang menyebabkan pengadil melihat skrin kosong ketika diminta menyemak kemungkinan penalti.

Insiden pelik itu berlaku dalam pertembungan antara Preussen Münster dan lawan mereka Hertha Berlin apabila pengadil Felix Bickel dipanggil ke monitor di tepi padang tetapi mendapati suis itor VAR telah dicabut.

Menurut laman web Muenster, seorang penyokong bertopeng menceroboh kawasan dalaman stadium dan mencabut monitor VAR, sekali gus mengganggu proses semakan. Media Jerman melaporkan pada masa sama, penyokong tuan rumah mempamerkan sepanduk bertulis “Tarik suis VAR”.

Disebabkan Bickel tidak dapat melihat siaran ulangan, pegawai VAR Katrin Rafalski di Cologne terpaksa membuat keputusan dari jauh, dan menilai bahawa cabaran itu memang satu kesalahan. Bickel kemudian memberikan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Hertha.

Pasukan Berlin akhirnya memenangi perlawanan 2-1 dengan gol masa tambahan.

Münster kemudiannya berkata insiden itu kelihatan sebagai tindakan terancang dan kelab akan melakukan segala daya untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top