Kegiatan seorang lelaki bujang dan seorang janda muda yang tinggal bersama tanpa nikah akhirnya terbongkar selepas diserbu pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal pagi Ahad.
Lapor Sinar Harian, serbuan yang dilakukan sekitar jam 3 pagi di sebuah rumah kampung di Johor Bahru itu dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada orang awam yang curiga dengan keadaan pasangan tersebut.
Serbuan jam 3 pagi dedah pasangan tinggal bersama
Menurut kenyataan JAINJ, sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memberi salam namun pintu tidak dibuka serta-merta.
Pintu kemudian dibuka tujuh minit kemudian oleh seorang lelaki yang mengenakan tuala mandi paras lutut sebelum pihak penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.
Rumah itu mempunyai dua bilik. Bilik pertama kosong dan pemeriksaan di bilik kedua mendapati keadaan gelap.
Pemeriksaan lanjut di bilik kedua menemui seorang wanita yang sedang berbaring di atas tilam dengan memakai baju tidur paras paha.
Pasangan mengaku tinggal bersama tanpa nikah

Apabila disoal mengenai hubungan mereka, kedua-duanya mengakui mereka tidak mempunyai hubungan mahram dan bukan pasangan suami isteri.
Dilaporkan lelaki tersebut berusia 30-an, berstatus bujang manakala wanita pula berusia 20-an, berstatus janda dengan kedua-duanya bekerja di daerah ini.
Alamat di kad pengenalan pula mendapati pasangan kekasih ini berasal dari sebuah negeri dan daerah yang sama.
Pasangan ini mengaku mereka sudah setahun tinggal berdua di rumah ini tanpa nikah. Malah, jiran yang diperdaya percaya mereka adalah pasangan suami isteri.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 kerana disyaki berkhalwat.
Pssttt! Kes seperti ini sebenarnya kerap berlaku dan sering bermula dengan alasan mahu hidup bersama sementara menunggu masa sesuai untuk berkahwin. Namun, tindakan melanggar batas agama dan undang-undang tetap membawa risiko besar. Jika benar serius mahu membina masa depan bersama, jalan terbaik adalah mempercepatkan perkara yang halal.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




