Geng Man Che Lah tumpas, 6 ditahan curi kabel telekomunikasi

Geng Man Che Lah tumpas, 6 ditahan curi kabel telekomunikasi

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Geng Man Che Lah yang aktif terbabit dalam kegiatan curi kabel syarikat telekomunikasi di sekitar daerah Kota Setar sejak dua bulan lalu akhirnya tumpas apabila polis menahan enam lelaki, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kumpulan ini dipercayai aktif sejak pertengahan Januari lalu dan terbabit sebanyak tujuh kes di sekitar kawasan lurang kabel syarikat telekomunikasi.

Beliau berkata, kumpulan ini didalangi oleh lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Man Che Lah yang juga perancang utama kumpulan itu.

“Hasil siasatan yang dijalankan, kumpulan itu dianggotai kira-kira enam ahli berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun.

“Kesemua suspek yang ditahan itu adalah penagih dadah jenis syabu dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, ” katanya.

“Man Che Lah dan rakannya mensasarkan lurang dikenal pasti dan kawasan akan menggunakan peralatan khas dan kereta kereta Proton Wira yang diubah suai untuk menarik kabel, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kotanl Setar, di sini, hari ini.

Syed Basri berkata, kumpulan Man Che Lah akan membawa hasil kegiatan jenayah itu ke sebuah premis membeli barang lusuh di kawasam Sungai Petani.

Beliau berkata, selain tujuh kes curi kabel, suspek kumpulan Man Che Lah turut terbabit dalam satu kes pecah rumah dan curi kenderaan.

“Kesemua suspek ditahan jam 2 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sebuah rumah tidak bernombor Taman Orkid, Simpang Empat, di sini.

“Setakat ini, kesemua suspek mengaku terbabit dalam tujuh kes curi kabel dan pecah kes pecah rumah serta curi motosikal.

“Kesemua kes masih dalam siasatan dan kesemua suspek direman empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan, ” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top