Sakan beraya tanpa sakit kaki

Sakan beraya tanpa sakit kaki

MENJELANG Aidilfitri, ramai yang teruja membeli kasut baru untuk melengkapkan penampilan di musim perayaan.

Namun, faktor cantik semata-mata tidak mencukupi jika kaki terasa sakit atau lenguh.

Apatah lagi, dengan aktiviti balik kampung dan menziarahi rumah terbuka yang menuntut banyak pergerakan.

Koleksi musim bunga/panas FitFlop 2026 tampil sebagai penyelesaian.

Sakan beraya tanpa sakit kaki

Dilengkapi teknologi biomekanikal khas FitFlop termasuk iQUSHION, dynamicush dan tapak tengah ikonik microwobbleboard, setiap pasang kasut menawarkan kusyen ringan serta sokongan ergonomik yang optimum.

Ia sekali gus membolehkan wanita meraikan Aidilfitri dengan langkah yang selesa, bergaya, yakin dan bebas tanpa sesekali mengorbankan keselesaan.

Istimewanya, koleksi ini menampilkan pelbagai siluet serba guna yang sesuai digayakan bersama busana tradisional seperti baju kurung dan kebaya.

Malah, ia juga boleh digayakan bersama padanan moden

Paling penting, rekaannya kekal ringan, bernafas dan praktikal untuk cuaca panas serta lembap di Malaysia.

Antara rekaan menonjol ialah sandal platform elegan, Lulu ultra-jewel rona metalik yang sesuai dipakai dari siang hingga ke malam.

Turut diketengahkan ialah kasut sukan Retro-Q, yang diinspirasikan daripada gaya retro dengan sokongan tapak kaki dinamik bagi memastikan keselesaan sepanjang jadual perayaan padat.

Bagi tuan rumah yang ingin tampil bergaya tetapi santai, loafer iQ-COMFF tassel leather yang menggabungkan kemasan kulit kemas dengan kusyen ringan merupakan pilihan ideal.

Untuk sentuhan kilauan perayaan yang lebih halus, kasut balet nipis, delicato pearls-and-crystal leather dan delicato pearls-and-crystal leather slingbacks mampu menyerlahkan penampilan.

Dihiasi perincian mutiara dan kristal, ia sesuai digayakan bersama busana klasik mahupun moden sepanjang Aidilfitri.

Buat penggemar gaya kontemporari, kasut sukan sarung daripada fabrik rajutan, f-mode flow pearls & crystal knit dengan tapak tinggi memudahkan pergerakan anda sepanjang hari.

Koleksi ini menampilkan palet warna neutral lembut, denim gelap dan kemasan metalik lembut yang mencerminkan tona musim serta cita rasa gaya serantau.

Sama ada menghadiri rumah terbuka, merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman atau berdiri lama ketika majlis berlangsung, inovasi ini memastikan keselesaan berpanjangan sepanjang musim perayaan.

Koleksi ini boleh didapati di semua butik FitFlop di seluruh negara dan secara dalam talian dengan harga runcit antara RM529 hingga RM739.

Scroll to Top