Penyanyi Amira Othman menepis dakwaan kononnya babak dirinya hamil dalam video muzik (MV) lagu Bincang Raya merupakan gambaran awal bahawa dia kini sedang berbadan dua.
Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Nadia Amira Othman, 33, menjelaskan babak tersebut hanyalah sebahagian daripada jalan cerita yang dirancang bagi memberikan elemen kejutan dalam MV berkenaan.
Bukan beri ‘hint’ hamil
Screenshot
Menurutnya, sejak awal perkahwinan lagi dia sering menerima komen daripada orang ramai yang mengatakan penampilannya kelihatan seperti sedang hamil.
“Babak tu tak ada kena-mengena (hamil). Saya pun tanya suami (Fattah Amin) kenapa buat begitu. Kami cuma nak buat babak ‘plot twist’ sikit. Tiada niat untuk bagi ‘hint’ apa-apa pun.
“Daripada awal saya kahwin lagi orang cakap nampak ‘baby bump’. Kalau memang benar kami akan kongsikan,” katanya pada sidang media lagu Bincang Raya, semalam.
Dalam pada itu, Amira turut memaklumkan sekiranya terdapat khabar gembira mengenai kehamilannya pada masa akan datang, dia dan suami tidak berhasrat untuk merahsiakannya daripada peminat.
Screenshot
“Insya-Allah kalau ada perkara baik, waktu yang baik dan bersesuaian kita akan kongsikan. Setiap kali kita nak kongsi apa-apa sudah tentu kami fikirkan tentang keluarga dan nasihat-nasihat para alim ulama.
“Lagi pun bukan kita nak sembunyikan apa-apa cuma bergantung kepada keadaan lah,” tambahnya lagi.
Artikel lanjut:Fattah Amin, Amira Othman kesal dikecam haters – “Tak suka tapi stalk kita, kau kenapa nyah?”
Untuk info, Fattah dan Amira selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis pernikahan di Sepang, Selangor.
Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nur Fazura namun, bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Sumber: HibGlam (Helmi Anuar)



