KPKT teruskan tradisi Ramadan, 108 warga kementerian terima sumbangan Aidilfitri

KPKT teruskan tradisi Ramadan, 108 warga kementerian terima sumbangan Aidilfitri

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan tradisi Ramadan dengan menganjurkan Program Sentuhan Kasih Ramadan KPKT bagi menyantuni warga kementerian serta memperkukuh semangat muhibah dalam kalangan kakitangan.

Teruskan tradisi Ramadan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan sambutan perayaan di Malaysia merupakan peluang penting untuk merapatkan hubungan serta memupuk perpaduan dalam masyarakat majmuk.

“…setiap perayaan merupakan suatu peluang bagi mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kepelbagaian dalam kalangan warga kementerian,” ujarnya.

Tradisi Ramadan warga KPKT

Beliau turut menegaskan bahawa KPKT sentiasa menggalakkan semangat kebersamaan dengan meraikan pelbagai perayaan utama di negara ini bersama masyarakat pelbagai kaum.

“Di KPKT, kami mengambil inisiatif untuk menyambut semua perayaan utama di negara ini bersama masyarakat majmuk seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas kerana semangat kebersamaan yang kita rasai pada setiap perayaan di negara ini membawa erti yang mendalam kepada kita semua sebagai anak Malaysia.
“Semoga kemuliaan dan keberkatan yang dirasai pada bulan Ramadan ini dapat dikongsikan antara satu sama lain,” kata beliau.

Pada majlis itu, Nga Kor Ming bersama barisan pengurusan tertinggi KPKT turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa wang tunai dan bakul bantuan kepada 108 warga kementerian yang memerlukan.

Inisiatif tersebut diterajui oleh Badan Kebajikan dan Sukan KPKT (KESKEP) serta Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bagi membantu meringankan beban kakitangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

tradisi ramadan

Artikel lain: KPKT peruntuk RM60 juta! Baik pulih rumah daif, bina kediaman B40 tahun depan

Majlis turut diisi dengan pelbagai pengisian kerohanian termasuk sesi Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Syahmi Syazeril Azmi dari Tadabbur Centre Sdn Bhd, sesi tadarus Al-Quran serta penyampaian hadiah Dekorasi Ramadan KPKT 1447H kepada warga kementerian yang menceriakan suasana pejabat sepanjang bulan Ramadan.

Terdahulu sebelum program bermula, Nga Kor Ming turut meluangkan masa berkunjung ke setiap jabatan dan bahagian di KPKT untuk mengedarkan buah kurma serta bubur lambuk kepada warga kementerian yang menunaikan ibadah puasa.

Program berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKT, M Noor Azman Taib bersama barisan pengurusan tertinggi kementerian dan agensi di bawah KPKT.

Scroll to Top