PENERAJU suplemen kesihatan, VitaHealth terus memperkukuhkan kedudukannya dalam mengekalkan integriti halal di setiap peringkat operasi menerusi pelancaran kempen ‘Pilih Halal, Pilih VitaHealth’ dengan kerjasama Watsons sempena bulan Ramadan.
Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura), Dr KS Beh berkata, inisiatif tersebut mencerminkan pendekatan berterusan syarikat dalam memastikan setiap produk yang ditawarkan memenuhi piawaian halal yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurutnya, dengan pengalaman lebih 70 tahun dalam industri, VitaHealth komited memastikan integriti halal dipelihara daripada proses pemilihan bahan mentah, pengeluaran sehinggalah kepada kawalan kualiti produk.

(Dari kiri) Fahrin Ahmad, Dr. KS Beh, Foo Hwei Jiek (Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia) dan Muallim Muda Shamsul Aiman pada majlis pelancaran ‘Pilih Halal,
Pilih VitaHealth’.
“Halal bukan sekadar memenuhi tuntutan agama sahaja. Ia juga menjadi penanda aras yang diiktiraf untuk keselamatan, kebersihan, ketelusan dan kawalan kualiti.
“Standard yang ketat ini memberikan keyakinan bukan sahaja kepada pengguna Muslim, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia yang menitikberatkan kualiti dan keselamatan produk,” katanya dalam kenyataan sempena majlis pelancaran kempen berkenaan, di sini baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek, disaksikan oleh pengacara dan pelakon terkenal Fahrin Ahmad serta Muallim Muda Shamsul Aiman.
Dalam pada itu, Beh menambah, kepimpinan VitaHealth dalam industri halal telah diiktiraf melalui penganugerahan sebagai pemenang Platinum bagi Anugerah Produk Halal Terbaik SOBA pada tahun lalu.
Ujar beliau, pengiktirafan tersebut mengukuhkan lagi kredibiliti VitaHealth dan kepercayaan yang diperoleh daripada pengguna melalui komitmen berterusan memastikan keselamatan, ketelusan dan integriti produk.
“Setiap produk melalui kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian Halal danperaturan, sekali gus mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap jenama ini.
“Kerjasama strategik antara VitaHealth dan Watsons meningkatkan akses kepada suplemen Halal yang diperakui di seluruh negara, selaras dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk yang berkesan dan seiring dengan nilai pengguna,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group, Caryn Loh berkata, sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan, Watsons komited dalam membina persekitaran runcit yang dipercayai dengan mengutamakan kualiti, ketelusan dan keyakinan pengguna.
“Kerjasama kami dengan VitaHealth mencerminkan tanggungjawab bersama untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang diperakui Halal dan mudah diakses, selaras dengan keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama yang mengekalkan piawaian pematuhan yang tinggi sambil menyokong komuniti yang lebih sihat,” katanya. – Bernama
Ringkasan AI
- VitaHealth melancarkan kempen ‘Pilih Halal, Pilih VitaHealth’ bersama Watsons untuk bulan Ramadan
- Inisiatif ini mencerminkan komitmen VitaHealth dalam memastikan produknya mematuhi piawaian halal diperakui JAKIM
- Pengalaman lebih 70 tahun dalam industri, VitaHealth menekankan pada pemeliharaan integriti halal dari pemilihan bahan hingga kawalan kualiti
- Pengiktirafan sebagai pemenang Platinum Anugerah Produk Halal Terbaik SOBA meningkatkan kredibiliti VitaHealth
- Kerjasama strategik dengan Watsons bertujuan meningkatkan akses kepada suplemen halal yang diperakui di Malaysia



