Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsikan seandainya arwah isterinya, Akiko masih ada pasti akan rasa bangga melihat anak mereka, Sky Taizo Okumura.
Menerusi perkongsian di TikTok, Ridzuan memuat naik video memaparkan anaknya dilihat sedang membaca ayat al-Quran.
BACA: Ridzokumura Terkilan Pusara Arwah Isteri Ditabur Garam Kasar
@ridz_okumura Kalaulah arwah ibu Sky masih ada di dunia ini, pasti hatinya akan dipenuhi rasa sebak dan bangga melihat anaknya. Di mana sahaja Sky berada, dia tetap berusaha mengaji — di dalam kereta, ketika menunggu, atau di mana sahaja ada kesempatan. Al-Quran sentiasa cuba dibaca dan dihafalnya. Semua itu bukan datang begitu sahaja. Ia lahir daripada didikan seorang ibu yang penuh kasih sayang. Arwah ibunyalah yang dahulu bersungguh-sungguh mencari ustazah untuk mengajarnya, menanamkan cinta kepada Al-Quran sejak kecil. Sehingga hari ini, kenangan itu masih hidup dalam diri Sky. Didikan itu terus menjadi cahaya yang membimbing langkahnya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur melihat Sky membesar dengan akhlak dan pegangan yang begitu indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat arwah Akiko Okumura. Kerana kasih dan didikan seorang ibu itulah, Sky menjadi seorang anak yang begitu baik dan dekat dengan Al-Quran. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berbahagia. ??
Menurutnya, arwah isterinya yang mendidik anak mereka mengenali Al-quran dan kini Sky berusaha untuk mengaji walau dimana pun dia berada.
“Kalaulah arwah ibu Sky masih ada di dunia ini, pasti hatinya akan dipenuhi rasa sebak dan bangga melihat anaknya.
“Di mana sahaja Sky berada, dia tetap berusaha mengaji..di dalam kereta, ketika menunggu atau ada kesempatan. Al-Quran sentiasa cuba dibaca dan dihafalnya,” katanya.
Kata Ridzuan lagi, Akiko yang bersungguh-sungguh serta berusaha mencari ustazah untuk mengajar anaknya membaca al-Quran.
“Semua itu bukan datang begitu sahaja. Ia lagi daripada didikan seorang ibu yang penuh kasih sayang. Arwah ibunyalah yang dahulu bersungguh-sungguh mencari ustazah untuk mengajarnya, menanamkan cinta kepada al-Quran sejak kecil.
“Sehingga hari ini, kenangan itu masih hidup dalam diri Sky. Didikan itu terus menjadi cahaya yang membimbing langkahnya,” katanya.
Dalam pada itu, Ridzuan turut menzahirkan ucapan terima kasih buat arwah isterinya yang mendidik anak mereka dengan baik.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur melihat Sky membesar dengan akhlak dan pegangan yang bergitu indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat arwah Akiko Okumura kerana kasih dan didikan seorang ibu itulah Sky menjadi seorang anak yang begitu baik dan dekat dengan al-Quran.
“Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.




