12 Mac 2026 06:03pm
Masa membaca: 4 minit

Vladimir Putin. Foto AFP
MOSCOW – Kementerian Situasi Kecemasan Rusia pada Khamis memaklumkan bahawa ia telah menghantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran melalui Azerbaijan, lapor Anadolu Ajansi.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, penghantaran berkenaan yang terdiri daripada ubat-ubatan telah dihantar ke Azerbaijan sebelum dipindahkan kepada pihak berkuasa Iran.
Menurut kementerian itu, penghantaran bantuan berkenaan dilaksanakan atas arahan Presiden Vladimir Putin. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Kementerian Situasi Kecemasan Rusia telah menghantar 13 tan bantuan kemanusiaan ke Iran
- Bantuan itu dihantar melalui Azerbaijan
- Penghantaran tersebut terdiri daripada ubat-ubatan
- Ini dilaksanakan atas arahan Presiden Vladimir Putin
- Bantuan itu dipindahkan kepada pihak berkuasa Iran setelah dihantar ke Azerbaijan



