Penjawat awam Terengganu terima bantuan khas Aidilfitri RM500

Penjawat awam Terengganu terima bantuan khas Aidilfitri RM500

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kira-kira 14,000 penjawat awam negeri menerima bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM500 seorang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bantuan khas itu akan disalurkan hari ini bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Ini sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua penjawat awam yang terus komited melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Apresiasi dan Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan (Permata) anjuran Yayasan Terengganu (YT), di sini, hari ini.

Difahamkan, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM7 juta untuk pemberian bantuan khas berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top