Pesan Abah: Wasiat Bukan Sekadar Harta

Pesan Abah: Wasiat Bukan Sekadar Harta

Kalau kita dengar perkataan “wasiat” je mesti terus fikir ia hanya untuk orang tua atau orang kaya je kan? Sebenarnya, wasiat ni bukan tentang harta semata-mata, ia tentang kasih, amanah, dan tanggungjawab kita pada keluarga.

Min ada tengok video #PesanAbah2025, terus rasa sedih, berjurai air mata. Min kalau bab ayah ni sensitif tau. Dalam video yang berdurasi 6 minit 39 saat tu, ayah tu siap buat video untuk anak-anak dia, bukan nak tunjuk harta atau aset, tapi nak mereka faham kalau sesuatu berlaku, keluarga telah diatur dengan baik.

Video ni menekankan bahawa wasiat adalah cara untuk memastikan kepentingan keluarga terpelihara selepas ketiadaan, mengelakkan kesulitan dalam urusan pusaka, dan memberi ketenangan fikiran kepada pewasiat serta ahli keluarga.

Dari detik itulah buat Min sedar, kadang-kadang kita terlalu fokus pada hidup harian sampai terlupa satu benda penting iaitu masa depan keluarga. Cuba korang tonton sendiri.

Mulakan Dari Muda

Ramai orang muda rasa, “nanti dulu lah, aku muda lagi, tak payah fikir benda berat ni sekarang.” Tapi percayalah, buat wasiat awal memang satu tindakan yang bijak.

Dengan wasiat yang tersusun, kita lindung keluarga daripada kesulitan, mudahkan urusan pusaka, dan pastikan segala harta  diuruskan oleh pihak yang dipercayai. 

Video ni juga menekankan bahawa menulis wasiat dari usia muda adalah langkah bijak, bukan hanya untuk orang tua atau orang kaya sahaja.

Bayangkan kalau tiba-tiba berlaku sesuatu tanpa wasiat; keluarga kena hadap proses yang rumit, ambil masa yang lama, dan kadangkala timbul pula salah faham. Dengan wasiat, semuanya lebih teratur dan beri ketenangan fikiran pada kita dan orang tersayang.

Bukan Sekadar Siapa Dapat Apa

Menulis wasiat bukan sekadar tulis siapa dapat apa je. Kita boleh atur semua iaitu simpanan, pelaburan, rumah, atau aset digital supaya bila masa tu sampai, keluarga tak pening kepala nak uruskan semuanya.

Ini juga satu cara kita tunjuk kasih dan tinggalkan amanah untuk anak, pasangan atau orang tersayang, bukan sekadar dokumen kosong.

BSN Memudahkan Proses

Kalau korang rasa complicated nak mula, relax je. Datang aje ke Cawangan BSN, biar Pegawai BSN yang guide step by step. Perkhidmatan Penulisan Wasiat di BSN ini adalah kerjasama dengan pihak profesional  MyAngkasa Amanah Berhad. Dokumen wasiat yang dirangka adalah sah di sisi undang-undang dan boleh ikut kehendak pewasiat sendiri untuk yang bukan Islam. Yang Islam pula ikut Faraid atau muafakat. Yang penting lagi bila buat wasiat, senaraikanlah harta kita. Taklah waris susah nak mencari kelak. 

Perkhidmatan ni bukan sekadar menulis wasiat asas,  tapi termasuk strategi perancangan harta dan pindaan  supaya urusan pusaka pasca ketiadaan lebih mudah untuk keluarga tau.

Banyak pelanggan pilih perkhidmatan seperti ni sebab ia bantu urusan harta jadi lebih teratur dan lancar. Yuran biasanya sekali bayar untuk servis ini, dan BSN boleh jelaskan terma lengkap bila korang buat temu janji di cawangan okay?

Wasiat Adalah Pesan Kasih

Balik kepada intipati #PesanAbah2025, ayah dalam video tu nak anak?anak faham, wasiat ni sebagai cara kita tunjuk kasih dan amanah.

Bila kita mula dari muda, kita sebenarnya jaga masa depan mereka, mudahkan urusan pusaka, lindung harta, dan beri ketenangan fikiran yang tak ternilai.

Tak kira usia atau tahap kewangan, menulis wasiat adalah langkah bijak, satu bentuk tanggungjawab yang tunjuk kita peduli dan sayang.

Video ni ringkasnya menyampaikan bahawa wasiat adalah hadiah ketenangan fikiran dan bukti kasih sayang kepada keluarga dan tak nak keluarga bergaduh soal harta pusaka.

Jangan Tunggu Sampai Esok!

Jadi korang, jangan tunggu tua atau rasa kaya baru nak fikir pasal wasiat. Jom, Mula dari sekarang!

Daftarlah wasiat, lindungi keluarga, tinggalkan amanah, dan bagi ketenangan fikiran pada diri sendiri dan orang tersayang. Pada akhirnya, wasiat ni bukan sekadar dokumen, tapi pesan kasih yang kita tinggalkan untuk orang yang paling kita sayang.


Scroll to Top