Wanita ditahan bunuh anak OKU akibat khuatir masa depan

Wanita ditahan bunuh anak OKU akibat khuatir masa depan
Wanita ditahan bunuh anak OKU akibat khuatir masa depan

Seorang wanita ditahan di Bandar Mobara, Wilayah Chiba, atas dakwaan membunuh anak perempuannya yang berusia 29 tahun dan berbaring di katil akibat kecacatan fizikal sejak lahir.

MOBARA  – Seorang wanita ditahan di Bandar Mobara, Wilayah Chiba, atas dakwaan membunuh anak perempuannya yang berusia 29 tahun dan berbaring di katil akibat kecacatan fizikal sejak lahir.

Menurut pihak polis, Chieko Saito, 58, didakwa membunuh anaknya yang orang kurang upaya itu (OKU), Kana dengan menekan kepala mangsa ke dalam bekas pakaian yang diisi air pada awal pagi 8 Mac, lapor NTV.

Seorang jiran menceritakan bahawa beliau menerima panggilan kecemasan 110 pada jam 6:12 pagi daripada Saito yang berkata sesuatu yang teruk telah berlaku dan meminta bantuan.

Apabila jiran tersebut tiba di rumah, beliau mendapati Saito duduk di sudut bilik dengan badan basah kuyup, menangis dan menggigil, sambil berkata, “Kana sudah meninggal dan saya yang melakukannya.”

Selepas menemui mayat Kana, jiran itu segera menghubungi pihak polis.

Saito memberitahu pihak berkuasa bahawa beliau berasa pesimis mengenai masa depan anaknya yang berpenyakit serius sejak lahir, tidak dapat bergerak dengan bebas dan tidak mampu bercakap.

“Saya risau apa yang akan berlaku kepada Kana jika saya meninggal dahulu. Saya tidak berniat untuk membiarkannya mati seorang diri.

“Saya juga berniat untuk mengakhiri hidup, tetapi tidak mampu melakukannya,” ujarnya.

Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini dan tindakan undang-undang selanjutnya akan diambil terhadap Saito.

Ringkasan AI

  • Seorang wanita 58 tahun dari Mobara, Wilayah Chiba, ditahan atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berumur 29 tahun dan berkecacatan sejak lahir
  • Chieko Saito didakwa membunuh anaknya, OKU, dengan menekan kepala ke dalam bekas berisi air pada 8 Mac
  • Seorang jiran menerima panggilan kecemasan dari Saito yang memaklumkan sesuatu yang teruk telah berlaku
  • Saito ditemui oleh jiran dalam keadaan basah kuyup dan menggigil, mengaku telah membunuh anaknya, Kana
  • Saito berasa pesimis tentang masa depan anaknya dan mempunyai niat untuk bunuh diri tetapi tidak mampu melakukannya
Scroll to Top