
Beberapa petugas forensik melakukan siasatan di rumah mangsa. – Foto Agensi
PEKANBARU – Seorang guru sekolah dasar (SD) menjadi mangsa pembunuhan bekas kekasihnya.
Kejadian itu berlaku di Kelurahan Bukit Datuk, Kecamatan Dumai Selatan, Kota Dumai, wilayah Riau di Indonesia pada Khamis.
Mangsa, TPS dan mengajar di SD Santo Tarcisius Dumai.
“Pelaku dikenali sebagai BM berjaya diberkas di wilayah Kabupaten Rokan Hilir. Dia telah dinamakan sebagai suspek dan ditahan di Polres Dumai,” kata Kapolres Dumai, AKBP Angga Febrian Herlambang.
Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada cemburu buta memandangkan BM merupakan bekas teman lelaki mangsa.
“Senjata yang digunakan ialah sebilah pisau. Pelaku berasa sakit hati apabila mengetahui TPS menjalinkan hubungan dengan lelaki lain,” ujarnya lagi.
Suspek sempat bertemu dengan teman lelaki baharu mangsa ketika berkunjung ke rumah sewanya pada Rabu.
Beberapa jam selepas itu, TPS ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kediaman tersebut oleh kekasihnya yang bertindak segera membuat laporan di Polres Dumai.
Tidak lama kemudian, BM ditahan setelah beberapa bukti mengaitkannya dengan pembunuhan tersebut.
Difahamkan, pelaku sendiri mengakui perbuatannya. – Agensi



