Isu Pendakwaan Kes Tamim Dahri Dan Zamri Vinoth, Dr Maza Bersuara

Isu Pendakwaan Kes Tamim Dahri Dan Zamri Vinoth, Dr Maza Bersuara

Trending

Dr Maza persoal pendakwaan kes Tamim Dahri dan Zamri serta harap Ketua Polis Negara menilai semula isu tersebut.


Isu melibatkan pendakwaan terhadap aktivis Tamim Dahri dan Zamri Vinoth terus menjadi perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

BACA: Kes Zamri Vinoth Dan Tamim Dahri: Polis Dedah Kedua-Dua Suspek Sudah Larikan Diri Ke Thailand

Terbaru, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza turut tampil menyuarakan pandangan beliau berhubung perkara tersebut.

Dr Maza harap Ketua Polis Negara nilai semula

Menurut Dr Maza, beliau sebelum ini telah membaca tulisan Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang membangkitkan persoalan mengenai pendakwaan terhadap kedua-dua individu berkenaan.

Saya telah membaca tulisan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tentang pendakwaan ‘yang menimbulkan persoalan’ terhadap Saudara Tamim dan Saudara Zamri. Ini berikutan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang membuat keputusan untuk mendakwa mereka. Jika Datuk Zainul Rijal selaku seorang tokoh pengamal undang-undang merasa agak ganjil pendakwaan itu, apatah lagi rakyat awam yang lain.

Dr Maza turut mempersoalkan aspek keadilan dan profesionalisme dalam pengendalian kes tersebut.

Saya sendiri tertanya-tanya tentang sikap adil dan profesionalisme KPN dalam isu ini. Apatahlagi kita berada di Negara Malaysia bukan di Negara India. Apakah undang-undang kita hanya ‘cengih’ untuk yang beragama Islam sahaja?!

Umat Islam didakwa resah dengan isu ini

Menurut beliau lagi, ramai umat Islam kini dilihat resah dengan beberapa isu yang berlaku kebelakangan ini, khususnya yang berkaitan dengan sensitiviti agama.

Dr Maza turut menyatakan harapan agar pihak berkuasa mengambil kira soal keadilan, profesionalisme serta identiti negara dalam membuat keputusan berkaitan isu seperti ini.

Dr Maza

Dalam masa sama, beliau mengajak orang ramai supaya terus berdoa agar negara dipimpin dengan adil dan amanah, lebih-lebih lagi ketika berada dalam bulan Ramadan.

Pssttt! Apa yang penting, setiap pihak perlu memastikan undang-undang dilaksanakan secara adil supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini terus terpelihara.

Kredit: Facebook Dr MAZA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top