14 Mac 2026 05:50pm
Masa membaca: 4 minit

Pihak berkuasa wilayah Ilam memaklumkan bahawa satu serangan menyasarkan sebuah rumah di bandar Eyvan di barat Iran, menyebabkan letupan kuat yang memusnahkan bangunan itu. Foto: Agensi
ANKARA/ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam dua serangan berasingan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan kawasan kediaman di tengah dan barat Iran pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Televisyen rasmi Iran melaporkan bahawa serangan AS-Israel menyasarkan Kampung Hizab di wilayah Markazi di tengah Iran, dengan sebuah kediaman terkena serangan itu yang mengorbankan enam orang awam serta mencederakan tujuh yang lain.
Dalam kejadian berasingan, pihak berkuasa wilayah Ilam memaklumkan bahawa satu serangan menyasarkan sebuah rumah di bandar Eyvan di barat Iran, menyebabkan letupan kuat yang memusnahkan bangunan itu.
Ia berkata enam sekeluarga terkorban dalam serangan berkenaan, termasuk seorang bayi berusia enam bulan.
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pembersihan runtuhan di lokasi kejadian di Eyvan, tambah pihak berkuasa wilayah itu. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam dua serangan berasingan oleh Amerika Syarikat dan Israel di Iran
- Serangan pertama di Kampung Hizab, wilayah Markazi, menyebabkan enam orang awam terbunuh dan tujuh cedera
- Serangan kedua di bandar Eyvan, wilayah Ilam, mengakibatkan enam ahli keluarga termasuk bayi enam bulan terkorban
- Letupan kuat di Eyvan memusnahkan bangunan kediaman
- Pasukan penyelamat masih melakukan operasi pembersihan runtuhan di Eyvan



