15 Mac 2026 12:03am
Masa membaca: 4 minit

Sejak permulaan serangan Iran, sistem pertahanan udara UAE telah memintas 294 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jenis cruise dan 1,600 dron. Foto: Agensi
ABU DHABI – Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu memintas sembilan peluru berpandu balistik dan 33 dron yang dilancarkan dari Iran, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Sejak permulaan serangan Iran, sistem pertahanan udara UAE telah memintas 294 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jenis cruise dan 1,600 dron.
Serangan ini mengakibatkan enam kematian membabitkan rakyat Emiriah, Pakistan, Nepal dan Bangladesh, serta 141 kecederaan ringan dan sederhana membabitkan individu daripada pelbagai kewarganegaraan.
Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa ia kekal bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang ancaman dan akan menentang sebarang percubaan untuk menjejaskan keselamatan negara, memastikan perlindungan kedaulatan, keselamatan dan kestabilan serta menjaga kepentingan dan keupayaan nasional. – Bernama-WAM
Ringkasan AI
- Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu memintas sembilan peluru berpandu balistik dan 33 dron dari Iran Sejak permulaan serangan Iran, UAE telah memintas 294 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jenis cruise dan 1,600 dron Serangan telah mengakibatkan enam kematian daripada rakyat Emiriah, Pakistan, Nepal dan Bangladesh serta 141 kecederaan Kementerian Pertahanan UAE menegaskan keupayaan penuh untuk menghadapi ancaman dan menjaga keselamatan negara Konflik tersebut melibatkan kedua-dua negara dalam kawasan Asia Barat



