Selatan Lubnan boleh jadi tanah tandus akibat serangan Israel – Ketua PBB

Selatan Lubnan boleh jadi tanah tandus akibat serangan Israel – Ketua PBB
Selatan Lubnan boleh jadi tanah tandus akibat serangan Israel – Ketua PBB

Selatan Lubnan boleh bertukar menjadi landskap tandus, manakala kawasan pinggir bandar selatan Beirut pula berdepan risiko pengeboman berterusan serta kemungkinan kemusnahan sepenuhnya.

BEIRUT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Sabtu menyuarakan kebimbangan bahawa selatan Lubnan boleh bertukar menjadi tanah tandus akibat serangan Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Guterres memberi amaran bahawa negara itu sedang menyaksikan kemusnahan meluas ketika sidang media di ibu negara Lubnan, Beirut, pada akhir lawatannya.

Menurut beliau, selatan Lubnan boleh bertukar menjadi landskap tandus, manakala kawasan pinggir bandar selatan Beirut pula berdepan risiko pengeboman berterusan serta kemungkinan kemusnahan sepenuhnya.

Guterres tiba di Beirut pada Jumaat apabila beliau melancarkan rayuan kemanusiaan segera bernilai lebih daripada AS$308 juta bagi menyokong rakyat Lubnan.

Beliau berkata, satu-satunya penyelesaian ialah melalui diplomasi dan dialog, sambil menggesa agar pengeboman dan permusuhan dihentikan. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan selatan Lubnan menjadi tanah tandus akibat serangan Israel
  • Guterres memberi amaran tentang kemusnahan meluas di Lubnan
  • Selatan Lubnan berisiko menjadi landskap tandus, manakala pinggir bandar selatan Beirut berhadapan dengan risiko pengeboman berterusan
  • Guterres melancarkan rayuan kemanusiaan bernilai lebih daripada US$308 juta bagi menyokong rakyat Lubnan
  • Penyelesaian konflik hanya mungkin melalui diplomasi dan dialog, dengan menggesa hentian pengeboman dan permusuhan
Scroll to Top