Pakai korset luar kebaya? Aisha Retno nafi tak hormat tradisi -“Saya rasa tak salah…”

Pakai korset luar kebaya? Aisha Retno nafi tak hormat tradisi -“Saya rasa tak salah…”

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tampil mempertahankan pilihan fesyennya selepas dikritik segelintir warga maya susulan penampilannya dalam video muzik lagu terbaharu, Jodoh Lebaran.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menjelaskan pemakaian korset di luar kebaya dalam video muzik tersebut bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah lama menjadi identiti gaya pemakaiannya sejak awal berkecimpung dalam industri seni.

Saya dengar dan faham pandangan awak. Saya juga boleh ubah mengikut cita rasa fesyen awak pada masa akan datang.
“Bertenang. Saya dengar dan faham apa yang anda maksudkan. Saya akan cuba perbaiki mengikut cita rasa fesyen anda pada masa hadapan.
“Tetapi jika saya diberi ruang untuk bersuara, gaya ini memang sudah menjadi identiti saya sejak awal lagi. Walaupun ada yang kata ia melanggar ‘norma’, saya rasa tidak salah untuk saya jelaskan kenapa saya berpakaian sebegitu dalam setiap majlis,” katanya menerusi hantaran balas di aplikasi Threads.

Aisha Retno nafi tak hormat tradisi

Tidak melatah dengan komen berkenaan, penyanyi lagu Sutera itu berkata dakwaan bahawa penampilannya tidak menghormati pakaian tradisional adalah tidak tepat, memandangkan konsep tersebut disesuaikan dengan irama dan genre lagu berkenaan.

“Untuk mengatakan ia nampak tidak menghormati tradisi, mungkin anda boleh bantu jelaskan dengan lebih mendalam apa sebenarnya yang dianggap tidak menghormati itu?

“Seperti yang anda lihat, lagu ini pada dasarnya berunsurkan irama Portugis-Joget Melaka,” jelasnya.

Artikel lain:  Sebut batik Malaysia, Aisha Retno diserang netizen jiran sebelah -“Batik dari Indonesia!”

Terdahulu, tular komen seorang pengguna internet yang mengkritik tindakan Aisha mengenakan korset dalam video muzik Joget Lebaran, yang didakwa tidak menghormati tradisi.

Penampilannya turut disamakan seperti pakaian projek bagi sebuah program pencarian bakat.

Scroll to Top