Pertahanan udara Kuwait tembak jatuh 5 dron

Pertahanan udara Kuwait tembak jatuh 5 dron

Kuwait: Pasukan pertahanan udara Kuwait menembak jatuh lima pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan di bawah bidang kuasa mereka pada awal Ahad, kata Jurucakap Pengawal Kebangsaan Kuwait (KNG) Brig Jen Jadaan Fadhel, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).

Memetik laporan Agensi Berita Kuwait (KUNA), Jadaan berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa tindakan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Angkatan Tentera Kuwait untuk melindungi keselamatan negara dan menjaga kemudahan penting daripada sebarang ancaman luar.

Beliau menegaskan bahawa KNG, dengan kerjasama pasukan polis dan Pasukan Bomba Kuwait, sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan dan kestabilan negara terpelihara.

Jadaan turut menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta memberikan kerjasama kepada pasukan tentera dan polis dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top