iMedia Dan PSM Bekerjasama Lancar Rangkaian Pengiklanan LED Digital Di TM Stadium Nasional Dan Unifi Arena

iMedia Dan PSM Bekerjasama Lancar Rangkaian Pengiklanan LED Digital Di TM Stadium Nasional Dan Unifi Arena

Oh! Bisnes

iMedia pasang 10 skrin LED digital di TM Stadium Nasional dan Unifi Arena bagi tingkatkan pengalaman peminat serta peluang pengiklanan.


Terkini! Kawasan sekitar TM Stadium Nasional dan Unifi Arena bakal tampil dengan wajah baharu apabila rangkaian skrin LED digital berskala besar akan dipasang di lokasi ikonik itu.

Inisiatif ini hadir menerusi kerjasama antara iMedia Asia Sdn Bhd (iMedia) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), sekali gus membuka peluang pengiklanan digital yang lebih besar di pusat sukan dan hiburan utama negara.

iMedia pasang 10 skrin LED dan 12 e-bunting digital

Imedia

Melalui perjanjian yang dimeterai, iMedia akan membina dan memasang 10 skrin LED digital format besar di sekitar TM Stadium Nasional serta 12 e-bunting di bahagian luar Unifi Arena.

Langkah ini dijangka memberi peluang pendedahan jenama yang lebih menyeluruh kepada para pengiklan, selain mewujudkan pengalaman interaksi yang lebih menarik kepada peminat yang hadir ke acara sukan dan hiburan.

Patrick Grove
Pengerusi Catcha Digital Berhad Patrick Grove

Menurut Pengerusi Catcha Digital Berhad, Patrick Grove, kerjasama ini merupakan langkah besar untuk masa depan pengiklanan digital di venue sukan.

Kerjasama dengan PSM ini merupakan satu “game-changer” buat iMedia. Kami komited untuk mencipta penyelesaian digital yang meningkatkan pengalaman acara langsung sambil memberikan nilai yang tinggi kepada pengiklan. Dengan jutaan pengunjung setiap bulan, skrin ini akan memberi nafas baharu kepada cara peminat dan jenama berinteraksi di venue sukan dan hiburan paling ikonik di Malaysia.

Dilaporkan, pemasangan LED baharu ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman peminat dan pelawat di TM Stadium Nasional serta Unifi Arena.

Dengan menggabungkan teknologi dan pengalaman langsung, ia mampu mewujudkan “brand touchpoints” yang lebih berkesan.

Bagi pengiklan pula, inisiatif ini menyediakan akses kepada audiens premium di salah satu destinasi sukan dan hiburan paling dinamik di Asia.

Stadium Nasional & Unifi Arena sentiasa jadi tumpuan acara besar

TM Stadium Nasional dan Unifi Arena sememangnya dikenali sebagai pusat penganjuran acara berskala besar di Malaysia dengan kapasiti gabungan melebihi 100,000 tempat duduk.

TM Stadium Nasional pernah menjadi lokasi acara sukan antarabangsa seperti kelayakan Piala Dunia FIFA dan Piala Asia AFC. Selain itu, stadium ini juga menjadi pentas konsert artis antarabangsa seperti Coldplay dan Bruno Mars.

Imedia

Unifi Arena pula sering menjadi lokasi konsert artis terkenal dunia seperti Jacky Cheung, Andy Lau serta kumpulan K-Pop IVE. Arena ini juga menjadi lokasi kejohanan badminton berprestij BWF Terbuka Malaysia Super 1000.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil berkata pembangunan ini adalah langkah penting untuk memodenkan kawasan stadium.

TM Stadium Nasional dan Unifi Arena sentiasa menjadi nadi kepada budaya sukan dan hiburan Malaysia. Melalui kerjasama dengan iMedia, kami mengorak langkah ke hadapan dalam mentransformasikan kawasan ini menjadi destinasi bertaraf dunia yang diperkasakan secara digital. Skrin LED baharu ini akan memodenkan persekitaran dan memperkayakan lagi pengalaman bagi pengunjung, atlet, dan peminat.

Dengan akses terus LRT serta rangkaian lebuh raya utama, kawasan ini menarik lebih daripada 2 juta kenderaan setiap bulan. Tambahan pula, beberapa acara besar dijangka berlangsung pada April 2026 seperti IVE WORLD TOUR dan Sammi Cheng Live, yang pastinya membawa kehadiran pengunjung yang tinggi.

Pssttt! Transformasi digital di TM Stadium Nasional dan Unifi Arena ini menunjukkan bagaimana teknologi kini memainkan peranan besar dalam industri sukan dan hiburan. Bukan sahaja memberi pengalaman lebih moden kepada peminat, malah membuka peluang besar kepada jenama untuk berinteraksi secara langsung dengan jutaan pengunjung yang hadir ke lokasi ini.

Kredit: iMedia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top