Netanyahu tunjuk minum kopi, nafi khabar angin kematian

Netanyahu tunjuk minum kopi, nafi khabar angin kematian
Netanyahu tunjuk minum kopi, nafi khabar angin kematian

Netanyahu turut mengangkat kedua-dua tangannya dan menunjukkan jarinya kepada kamera. Foto: Agensi

JERUSALEM – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tampil dalam satu video yang menunjukkan beliau sedang menikmati secawan kopi di sebuah kafe di pinggir Baitulmaqdis pada Ahad.

Menurut laporan Reuters, video tersebut dimuat naik di akaun Telegram miliknya selepas timbul khabar angin bahawa beliau telah meninggal dunia atau cedera.

Khabar angin berkenaan sebelum ini dilaporkan oleh media kerajaan Iran dan kemudiannya tersebar meluas di media sosial di negara itu.

Dalam rakaman tersebut, Netanyahu dilihat berbual santai dengan pembantunya sambil menikmati kopi.

Pembantunya kemudian bertanya mengenai khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia.

Menjawab soalan itu, Netanyahu menggunakan permainan kata berkaitan perkataan ‘dead’ yang dalam slanga bahasa Ibrani boleh digunakan untuk menggambarkan terlalu meminati seseorang atau sesuatu sambil mencapai secawan kopi.

“Saya gilakan kopi. Awak tahu tak? Saya gilakan rakyat saya,” katanya.

Agensi berita Reuters mengesahkan lokasi rakaman video itu melalui imej fail kafe berkenaan yang sepadan dengan bahagian dalaman premis tersebut.

Tarikh rakaman juga disahkan melalui beberapa video dan gambar lawatan Netanyahu yang dimuat naik oleh pihak kafe pada hari sama.

NDTV melaporkan bahawa semasa video itu, Netanyahu turut mengangkat kedua-dua tangan dan menunjukkan jarinya kepada kamera.

Terdahulu, beberapa hantaran di media sosial mendakwa bahawa rakaman sidang akhbar beliau pada Khamis menunjukkan beliau mempunyai enam jari pada sebelah tangan dan bahawa rakaman itu dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan.

“Adakah anda mahu mengira jari saya? Anda boleh melihatnya di sini dan di sini. Nampak? Sangat bagus,” kata Netanyahu.

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, muncul dalam video sambil menikmati kopi untuk membantah khabar angin kematiannya
  • Video tersebut diunggah di akun Telegramnya setelah berita palsu tentang kematiannya tersebar, awalnya dilaporkan oleh media Iran
  • Netanyahu berbual santai dengan pembantunya dalam video itu
  • Beliau merespons khabar angin kematian dengan humor menggunakan permainan kata dalam bahasa Ibrani
  • Reuters mengesahkan lokasi dan tarikh video melalui gambar dan video yang diposting oleh kafe itu sendiri
Scroll to Top