PUTRAJAYA: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memperoleh kebenaran untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai terhadap operasi petroleum syarikat itu di Sarawak.
Hakim Besar Malaya, Datuk Hashim Hamzah memutuskan demikian selepas syarikat carigali tersebut berjaya memenuhi ambang dalam mendapatkan kebenaran termaktub dalam Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.
“Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, saya mendapati terdapat isu yang perlu didengar dan diputuskan, ia bukanlah satu permohonan yang remeh atau salah guna proses mahkamah. Saya benarkan permohonan ini dan Petronas perlu memfailkan dokumen sewajarnya dalam masa 21 hari,” katanya.
Mana-mana permohonan untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah tertinggi negara itu sebelum merit permohonan itu dapat didengar pada tarikh lain.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL



