Bagi ramai wanita, perjalanan harian sama ada nak pergi kerja, keluar jumpa kawan, atau balik lewat semuanya jadi lebih mudah bila ada pilihan yang lebih selesa.
Menariknya, ramai pengguna wanita sebenarnya dah lama minta ciri ini di media sosial. Ramai yang berharap ada pilihan untuk naik kereta yang matching pemandu wanita. Dan kini, akhirnya Grab perkenalkan Women-Only Rides (Beta) yang mula tersedia pada 10 Mac, tepat sempena sambutan International Women’s Day.
Ciri ini diwujudkan untuk beri lebih keselesaan dan ketenangan fikiran kepada penumpang wanita, sambil pada masa yang sama membuka lebih fleksibiliti untuk pemandu wanita di platform Grab.
Pilihan Perjalanan Lebih Selesa Untuk Wanita


Melalui Women-Only Rides (Beta), penumpang wanita kini boleh memilih perjalanan yang dipadankan khas dengan pemandu wanita sahaja. Ia bukan sekadar ride biasa, tetapi satu pilihan tambahan untuk mereka yang mahu rasa lebih selesa untuk ke satu-satu destinasi.

Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia di kawasan Lembah Klang dan boleh ditempah melalui fungsi Advance Booking (AB) di aplikasi Grab.
Malah, pilihan ini sebenarnya selari dengan kemudahan lain yang sudah lama wujud seperti koc wanita di tren dan parkir khas wanita cuma kali ini ia membantu dari segi perjalanan “last mile”, iaitu dari lokasi ke destinasi terakhir dengan lebih mudah.
Pengesahan Identiti Untuk Proses Tempahan Yang Lancar
Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana Grab nak buat padanan kan?
Untuk memastikan ciri ini benar-benar eksklusif kepada wanita, penumpang perlu melakukan pengesahan identiti sekali sahaja sebelum boleh menggunakan servis ini.
Penumpang perlu membuat pengesahan identiti menggunakan MyKad atau pasport, kemudian selfie verification. Data akan disemak dengan rekod rasmi bagi memastikan ketulenan jantina anda.
Selepas selesai, barulah pilihan Women-Only Rides (Beta) akan muncul dalam aplikasi bagi penumpang wanita yang layak.
Langkah ini penting untuk mengekalkan kepercayaan serta menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih fleksibel dan tenang untuk penumpang wanita dan pemandu wanita di platform Grab.
Grab Satu Langkah Ke Arah Mobiliti Lebih Inklusif
Pengenalan Women-Only Rides (Beta) bukan sekadar ciri baru, tetapi juga sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan persekitaran mobiliti yang lebih inklusif untuk wanita sama ada sebagai penumpang atau sebagai pemandu.
Dengan pilihan ini, wanita kini ada lebih pilihan untuk bergerak di bandar dengan cara yang mereka rasa paling selesa.
Pada pengguna setia Grab wanita dan berada di Lembah Klang. Inilah masa untuk cuba sendiri pengalaman menempah perjalanan dengan Grab Women-Only Rides (Beta). Confirm lepas ni perjalanan biasa pun enjoy saja.
Maklumat lanjut layari https://www.grab.com/my/ atau ikuti grab di Facebook, Instagram dan TikTok.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




