Joget raya di bangunan ikonik, Hannah Yeoh serlahkan bakat menari demi Aidilfitri

Joget raya di bangunan ikonik, Hannah Yeoh serlahkan bakat menari demi Aidilfitri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mencuri perhatian peminat apabila tampil menawan dalam aksi joget sempena Hari Raya di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, salah satu bangunan warisan yang baharu sahaja dinaiktaraf.

Rakaman video sambutan Aidilfitri itu memaparkan Hannah Yeoh cuba menari dengan penuh ceria, walaupun akui beliau bukan penari profesional.

“Maaf saya tak pandai menari, tapi cuba khas untuk Hari Raya,” tulis Hannah Yeoh dalam kapsyen video berkenaan.

  

Bangunan bersejarah itu dipilih sebagai lokasi rakaman bagi menonjolkan keindahan warisan Kuala Lumpur.

Video itu turut menampilkan kelibat seorang “pak joget” secara spontan, yang menambah elemen santai dan mencuit hati penonton.

Artikel lain: Bukan wayang! Hannah Yeoh selesa berselendang, hormati bulan Ramadan

Meskipun tidak pandai menari, namun ramai memuji semangat dan keberanian Hannah Yeoh mencuba sesuatu yang baru bagi menyemarakkan suasana Aidilfitri.

Sumber: FB Hannah Yeoh

Scroll to Top