Arab Saudi pintas 26 dron sejak awal pagi Selasa

Arab Saudi pintas 26 dron sejak awal pagi Selasa
Arab Saudi pintas 26 dron sejak awal pagi Selasa

Ketegangan di rantau itu semakin memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas. Foto fail Reuters

ISTANBUL – Arab Saudi mengumumkan pada Selasa bahawa pihaknya berjaya memintas dan menembak jatuh sebanyak 26 buah dron di Wilayah Timur sejak awal pagi tadi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Arab Saudi menerusi beberapa hantaran berasingan di platform media sosial, X.

Ketegangan di rantau itu semakin memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas.

Serangan itu setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

Tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur, malah turut menjejaskan pasaran global serta industri penerbangan antarabangsa. – Bernama

Ringkasan AI

  • Arab Saudi berjaya menembak jatuh 26 buah dron di Wilayah Timur
  • Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Arab Saudi di X
  • Ketegangan di rantau itu meningkat sejak serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari
  • Serangan AS-Israel menyebabkan kira-kira 1,300 orang terkorban
  • Iran melakukan serangan balas menyasarkan Israel dan beberapa negara lain serta menjejaskan pasaran global dan industri penerbangan antarabangsa
Scroll to Top