Kuala Lumpur: Pengarang pertama akhbar Kosmo!, Hamzah Sidek, 76, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Abdul Qadir Hamzah, 33, menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi selepas solat tarawih dan dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.
Allahyarham sebelum ini pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




