Vivo V70 mula dijual, tawar ganjaran sehingga RM827

Vivo V70 mula dijual, tawar ganjaran sehingga RM827

VIVO Malaysia memulakan kempen jualan pertama telefon pintar vivo V70 bermula 14 Mac hingga 30 April 2026 di semua vivo Concept Store seluruh negara, dengan menawarkan ganjaran eksklusif sehingga RM827 kepada pembeli awal.

Menurut kenyataan Vivo Malaysia, kempen itu diperkenalkan susulan pelancaran model berkenaan yang menyasarkan pengguna yang mementingkan gaya, prestasi dan pengalaman telefon pintar inovatif, selain menyokong keperluan kreativiti, keterhubungan serta gaya hidup harian.

Jelasnya, pelanggan turut ditawarkan pilihan pembayaran fleksibel termasuk pelan ansuran sifar peratus serta tawaran tukar beli (trade-in), sekali gus memudahkan proses naik taraf kepada peranti terkini.

“Dari segi spesifikasi, vivo V70 dilengkapi kamera 50 megapiksel (MP) ZEISS Super Telephoto, kamera utama 50MP ZEISS OIS, kamera sudut ultra lebar 8MP ZEISS serta kamera swafoto berkumpulan 50MP ZEISS dengan autofokus bagi menghasilkan imej berkualiti tinggi.

“Peranti itu turut menampilkan skrin OLED Ultra Clear 1.5K bersaiz 6.59 inci dengan kadar segar semula 120Hz, selain bateri BlueVolt 6500mAh bersama pengecas 90W FlashCharge bagi memastikan penggunaan lebih tahan lama,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan sama, peranti itu turut dikuasakan memori LPDDR5X, storan UFS 4.1 serta sistem operasi OriginOS 6 yang menawarkan prestasi pantas, ciri kecerdasan buatan (AI) intuitif dan tahap keselamatan dipertingkatkan.

“Reka bentuknya pula menggunakan rangka aluminium aloi gred aeroangkasa dengan ketahanan kalis habuk dan air bertaraf IP68 serta IP69,” tambah kenyataan itu.

Kempen jualan pertama telefon pintar vivo V70 bermula 14 Mac hingga 30 April 2026 di semua vivo Concept Store seluruh negara dengan tawaran ganjaran eksklusif sehingga RM827 kepada pembeli awal

Kempen jualan pertama telefon pintar vivo V70 bermula 14 Mac hingga 30 April 2026 di semua vivo Concept Store seluruh negara dengan tawaran ganjaran eksklusif sehingga RM827 kepada pembeli awal

Bagi tawaran pembayaran pula, pelanggan boleh menikmati rebat segera RM100 untuk pelan ansuran sifar peratus selama 12 atau 24 bulan melalui bank rakan iaitu Public Bank, OCBC Bank, UOB Bank dan Affin Bank bagi tempoh 14 Mac hingga 30 Jun 2026.

Selain itu, kemudahan pembayaran turut disediakan menerusi SPayLater dengan ansuran sifar peratus selama enam bulan serta PayLater oleh Grab selama empat bulan.

Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan yang menukar telefon lama di vivo Concept Store juga layak menerima rebat tambahan sehingga RM100 bagi pembelian vivo V70 baharu.

Sepanjang tempoh jualan pertama itu, pembeli turut berpeluang menerima hadiah eksklusif termasuk vivo Buds serta manfaat lain bernilai sehingga RM827, yang boleh ditebus melalui aplikasi vivo Store.

“Antara manfaat ditawarkan ialah waranti lanjutan vivo Care selama 365 hari, perlindungan skrin selama 180 hari serta pelan perlindungan cecair vivo Care selama 365 hari pada harga RM17 (PWP),” jelas Vivo Malaysia.

Dalam tempoh sama, menurutnya, pelanggan juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad vivo V70 × POP MART ZSIGA yang ditawarkan secara eksklusif di vivo Concept Store terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://www.vivo.com/my serta mengikuti Facebook vivo Malaysia di https://www.facebook.com/vivoMalaysia/ dan Instagram di https://www.instagram.com/vivo_malaysia/.

Ringkasan AI

  • Vivo Malaysia melancarkan kempen jualan vivo V70 dengan ganjaran sehingga RM827
  • Telefon pintar itu menawarkan spesifikasi canggih seperti kamera ZEISS berkualiti tinggi dan skrin OLED Ultra Clear 1.5K
  • Pelanggan diberikan pilihan pembayaran fleksibel dan tawaran tukar beli untuk memudahkan naik taraf
  • Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi dan sistem operasi yang menawarkan prestasi pantas
  • Pembeli awal berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dan manfaat tambahan melalui aplikasi vivo Store

Scroll to Top