Elak jangkitan kuman, Uyaina Arshad enggan beri tetamu cium pipi anak

Elak jangkitan kuman, Uyaina Arshad enggan beri tetamu cium pipi anak

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mahu mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan anak dengan mengambil keputusan untuk melarang tetamu yang berkunjung pada Aidilfitri daripada mencium pipi bayi ketiganya.

Elak jangkitan kuman

Screenshot

Memetik laporan Hibglam, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata, langkah itu dibuat demi melindungi bayinya yang dilahirkan pada 30 Januari lalu daripada risiko jangkitan kuman, meskipun sedar tindakannya mungkin mengundang kritikan.

“Saya sangat jujur sebelum serahkan bayi kepada orang, saya akan cakap jangan cium, pegang boleh lagi.
“Tapi saya faham sesetengah orang bila dengar mesti cakap kenapa tak bagi cium, macam saya seorang ada anak.
“Bagi saya, pekakkan telinga saja sebab yang penting anak saya sihat. Kita semua tahu kalau cium pipi bayi baru lahir, boleh memberi jangkitan kepada bayi.
“Banyak dah kes berlaku. Jadi saya tak kisah pun kalau ada orang nak kata saya overprotective, kalau bukan mak ayah yang jaga budak itu siapa lagi kan?,” katanya, baru-baru ini.

Screenshot

Dalam pada itu, menyentuh persiapan Aidilfitri, Uyaina memaklumkan dia dan suaminya, Raja Syahiran, merancang untuk lebih sederhana dalam aktiviti kunjung-mengunjung tahun ini berikutan keadaan anak mereka, Raja Uzayn yang masih kecil.

“Kali ini buat pertama kalinya kami ambil gambar keluarga di studio sebab tak tahu kejadian pagi raya nanti macam mana.
“Selama ini rutin saya dengan Syahiran dan keluarga mentua adalah pergi solat Aidilfitri di masjid dulu. Balik baru bersiap, salam raya dan pergi menziarah.
“Tahun ini mungkin sedikit lain sebab ada bayi kecil, jadi tak nak terlalu keluar sangat. Tapi tak adalah juga menyekat ada ahli keluarga nak datang,” tambahnya lagi.

Screenshot

Artikel lain: Uyaina Arshad perjelas isu ‘pejuang garis satu’ – “Bukan nak banding siapa lebih menderita”

Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021. Selain Raja Uzayn, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi anak lelaki iaitu Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2.

Sumber: Hibglam (NUR AL- FAIRUZA SYARFA SAIDI NOR SAIDI)

Scroll to Top