PM Anwar puji usaha damai NGO Islam dan Hindu -“Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia”

PM Anwar puji usaha damai NGO Islam dan Hindu -“Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia”

Perdana Menteri menyambut baik usaha perdamaian yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) mewakili komuniti Islam dan Hindu, yang disifatkan sebagai tanda kematangan rakyat dalam mengekalkan keharmonian.

Sambut baik ikhtiar pendamaian oleh NGO

Menurut beliau, pendekatan memilih jalan damai serta menolak perpecahan mencerminkan semangat saling menghormati yang menjadi asas kekuatan negara.

“Saya menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili badan Islam dan Hindu yang menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai, menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati,” ujarnya.

Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa nilai kebersamaan, ihsan dan hormat antara kaum adalah tunjang utama yang membentuk identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

“Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum. Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara,”

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha tersebut.

“Salut saya kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha ini. Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” katanya.

 Sebelum ini, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela),  Presiden Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) dan beberapa wakil lain termasuk aktivis dan pempengaruh telah hadir dalam satu pertemuan menerusi program Harmoni Madani itu berlangsung hampir empat jam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pertemuan tersebut dilihat sebagai satu langkah awal  ke arah penyelesaian lebih harmoni menerusi sesia dialog  yang membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang secara langsung tanpa pengaruh luar.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim 

Scroll to Top