Nak balik, nak balik kampung,
Kampung siapa dulu~
Sedar tak sedar, bulan Ramadan hampir melabuhkan tirai, dan lagi beberapa hari saja lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak sabarnya!
Waktu-waktu macam inilah, semua saudara-mara, sepupu sepapat jauh akan berkumpul bersama untuk melakukan persiapan Hari Raya seperti pasang langsir baru, gantung lampu raya, kemas rumah, merewang, dan banyak lagi.
Paling dinantikan adalah meluangkan masa bersama di ruang tamu, dan biasanya akan ada perbincangan soal update kehidupan betul tak?
Soalan Panas Raya Bukan Sebab Kepoci, Tapi Nak Tahu Persediaan Jangka Panjang
Lumrah bila berkumpul, selain soalan “Bila nak kahwin” dan “Bila nak ada anak”, soalan “Bila nak beli rumah sendiri” pun menjadi soalan yang sering menerjah telinga.
Namun, soalan-soalan yang berkaitan dengan rezeki ini, kalau kita lihat dari sudut positif, ia sebenarnya refleksi terhadap kestabilan dan kesediaan dalam membina legasi kita pada masa akan datang.
Tak dinafikan, Hari Raya adalah antara momen terbaik untuk kita melihat kembali perjalanan hidup dan matlamat jangka panjang.
Mungkin ramai yang merasa belum rezeki lagi dari segi komitmen mahupun kewangan. Tapi macam mana kalau Raya ini, tanpa kita sedar, tanda-tanda rezeki tu dah mula muncul?
Mungkin dalam bentuk peluang, mungkin dalam kemudahan, atau mungkin melalui kempen Raya ‘Redefining the Art of Living’ bernilai lebih RM2,000,000* dari Tropicana.
‘Rezeki’ Untuk Miliki Hartanah Dengan Tropicana
Memahami setiap perjalanan mempunyai cabaran tersendiri, Tropicana hadir dengan kempen “Redefining the Art of Living” untuk menyebarkan rezeki Raya bernilai lebih RM2,000,000*.
Kempen ini bukan sekadar promosi bermusim, tapi ia juga merupakan satu inisiatif bagi membantu korang untuk memiliki aset jangka panjang dengan lebih mudah melalui:
– Ganjaran Gaya Hidup: peluang menikmati ganjaran dan hadiah eksklusif seperti Samsung Music Frame
– 100% Yuran Guaman Ditanggung: yuran guaman akan ditanggung 100% sepenuhnya oleh pemaju
– Kemudahan Tambahan: pakej hiasan dalam tersedia, membolehkan korang merancang susun atur rumah lebih awal
– Ganjaran Rujukan (Referral Rewards): dapatkan ganjaran sehingga RM80,000 dengan hanya memanfaatkan rangkaian kenalan
– Penyelesaian Pembayaran Mudah: fleksibiliti yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan kewangan korang
Bukan itu saja, kempen ini juga menawarkan pelbagai pilihan projek yang meluas di lokasi strategik seperti Lembah Klang, Genting Highlands, Langkawi dan Johor tau.
Lembah Klang
Tropicana Aman – Varia Shop Offices
Pilihan komersial strategik dekat Kota Kemuning, dikelilingi komuniti township matang dengan lebih 600,000 penduduk.
Tropicana Alam – Avisa Residences
Rumah teres dua tingkat seluas 20’x70′ di Puncak Alam, sesuai untuk keluarga dengan persekitaran hijau, pemandangan tasik, dan akses terus ke Lebuhraya DASH.
Tropicana Metropark – SouthPlace 2 Residences & Shoppes
Pembangunan pegangan bebas di Subang Jaya yang menggabungkan gaya hidup bandar dengan ruang hijau dan ketersambungan lebuhraya terus.
Tropicana Gardens – Edelweiss Shoppes
Ruang niaga premium di Kota Damansara dengan akses terus ke MRT, sesuai untuk pelaburan komersil.
Genting Highlands
Tropicana WindCity – Tropicana Grandhill (TwinPines Serviced Suites), Tropicana Paradise (Villa Lots) & Tropicana Avalon (Breeze Hill Service Apartments & Shoppes)
Pelbagai pilihan kediaman di Genting Highlands, dari suite servis mewah hingga lot vila pegangan bebas dengan suasana tanah tinggi yang sejuk.
Tropicana Grandhill – TwinPines Serviced Suites
Suite servis mewah pegangan bebas di kawasan tanah tinggi Genting Highlands, sesuai untuk percutian peribadi atau pelaburan.
Tropicana Paradise – Villa Lots
Lot vila pegangan bebas dengan gaya hidup tanah tinggi yang tenang dan pemandangan semula jadi yang indah.
Tropicana Avalon – Breeze Hill Service Apartments & Shoppes
Apartmens servis pegangan bebas di Gohtong Jaya, Genting Highlands dengan pemandangan bukit yang menyegarkan, menawarkan gaya hidup premium dan peluang pelaburan.
Langkawi & Johor
Tropicana Cenang – Clarissa Serviced Suites
Suite servis pegangan bebas hanya beberapa langkah sahaja dari pantai, direka untuk percutian keluarga dan pelaburan jangka panjang.
Lido Waterfront Boulevard – Skypark Kepler
Kediaman pegangan bebas pajak berdekatan RTS Link Johor Bahru, dengan kemasan mewah dan diuruskan oleh Banyan Group yang prestij.
Tropicana Uplands – Fraser Heights
Rumah teres 2 & 3 tingkat pegangan di Gelang Patah, dikelilingi kehijauan dan berdekatan dengan Singapura, sesuai untuk generasi akan datang.
Kempen ini akan berlangsung selama sebulan bermula sekarang sehingga 18 April 2026 saja. Jadi, tunggu apa lagi, jadikan sambutan Raya tahun ini lebih bermakna dengan langkah bijak.
Terokai pelbagai pilihan hartanah Tropicana yang sesuai dengan aspirasi dan rezeki yang ada melalui laman web rasmi Tropicana.
Untuk sebarang update, ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




