19 Mac 2026 06:59pm
Masa membaca: 4 minit

Pintu sempadan Rafah, laluan yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir, dibuka semula pada Khamis. Foto: Agensi
KAHERAH – Pintu sempadan Rafah, laluan yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir, dibuka semula pada Khamis, menurut sumber keselamatan rasmi.
Pintu sempadan itu dibuka semula “dalam kedua-dua arah”, kata sumber itu kepada Xinhua dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.
Televisyen Al-Qahera News Mesir menyiarkan rakaman yang menunjukkan sebilangan kecil rakyat Palestin sedang bersiap sedia untuk menyeberang dari pihak Mesir kembali ke Gaza.
Sumber itu menambah bahawa lapan rakyat Palestin yang menerima rawatan perubatan di Mesir, bersama 17 ahli keluarga, tiba lebih awal di pintu sempadan tersebut untuk pulang ke rumah di Gaza.
Ambulans juga beratur di sebelah Mesir untuk menerima rakyat Palestin yang datang dari kawasan Genting berkenaan, tambahnya.
Pintu sempadan Rafah ditutup pada 28 Feb berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran. Israel mengumumkan pada Ahad bahawa pintu sempadan itu akan dibuka sementara pada Rabu untuk pemindahan individu, namun alasan kelewatan pembukaan semula itu tidak dilaporkan. – Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir dibuka semula Pintu sempadan tersebut dibuka dalam kedua-dua arah Rakyat Palestin bersiap sedia untuk menyeberang kembali ke Gaza dari Mesir Lapan rakyat Palestin yang menerima rawatan perubatan dan 17 ahli keluarga mereka tiba di pintu sempadan untuk pulang ke Gaza Pintu sempadan Rafah sebelumnya ditutup berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran



