PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.
Ia diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmadpada malam Jumaat selepas aktiviti cerapan anak bulan dibuat di 29 lokasi di seluruh negara pada sebelah petang.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Sabtu 21 Mac,” katanya.
Pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan, sebentar tadi.
Pada 9 Mac lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memaklumkan Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. – UTUSAN




